Bonus Part - Three

132 17 0
                                    

A year later ~

"Daddy!"

David menoleh ke arah suara yang sayup-sayup memanggil dirinya dari luar meeting room.

Serta merta senyuman lebar terukir dibibir tatkala mata menangkap figura si kecil mula menghampiri dengan tangan yang didepa minta dipeluk melalui dinding lutsinar bilik.

"Alright. Kita tangguh dulu perbincangan untuk hari ini. Nanti kalau ada apa-apa update berkaitan projek di Kobe saya akan bagitahu semula. Mesyuarat bersurai."

Mendengar sahaja arahan daripada David, semua staff yang terlibat mula bergerak untuk bersurai.

"Arthur! Tunggu dulu! Datang sini!"

Layla mula gelabah apabila figura si kecil itu mula berlari menapak masuk ke dalam bilik mesyuarat yang menempatkan David dan pekerja sokongannya dengan laju.

Namun si kecil tidak mengendahkan sebaliknya berlari masuk ke dalam suasana keramaian di dalam bilik itu sehingga menyebabkan keadaan menjadi agak kelam kabut.

"Arthur!"

Ruang office itu mula bingit dengan suara tangisan tatkala si kecil jatuh tersungkur.

Layla menghampiri si kecil yang jatuh betul-betul di hadapan David dengan cemas.

"Shh.. shh.. Daddy dah pesan banyak kali jangan berlari. Kalau jatuh macam ni, kamu juga yang sakit." Pujuk David lembut seraya mendukung si kecil yang dipanggil Arthur itu.

Belakang badan Arthur diusap lembut tatkala tangan si kecil itu memeluk leher milik David bersama kepala yang dilentokkan di atas bahunya.

Tangisan mulai reda.

"Ada luka tak?"

David menggeleng bersama senyuman menidakkan soalan Layla.

Layla menghembuskan nafas lega.

"Mummy dia pun kenapa kelam kabut sangat ni hm?"

Layla mencebik.

"Arthur ni. Dia punya nakal tu, susah sangat saya nak handle." Cebik Layla.

Arthur yang sudah bertenang di atas dukungan David itu dijeling tajam bersama cebikkan tidak puas hati.

David tergelak kecil.

"Dengan budak kecik pun nak ambil hati Sweety?" Usik David.

Kepala Layla di usap lembut.

"Dah habis ke meeting?"

David mengangguk.

"Kalau macam tu jom? Lagi berapa minit majlis tu nak mula."

Lengan milik David dipaut erat sebelum mereka berdua berjalan meninggalkan ruangan office.

Employee dan staff yang melihat gelagat pasangan itu hanya mampu tersenyum.

Masih di fasa tidak dapat menerima bahawa boss idaman mereka sudah berpunya.

Layla hanya tersenyum tatkala mata bertemu dengan gadis-gadis di dalam pejabat itu.

No!

David Noah, Layla Naira yang punya!

~~~

"Dengan ini, saya merasmikan Hamada's Corporation akan mula berkuatkuasa bermula hari ini!"

Tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir memecahkan suasana yang tadinya sunyi.

Asahi menggunting ribbon yang diikat elok pada pintu utama syarikat pertamanya dengan perasaan terharu.

Sungguh tidak percaya bahawa kini dia memegang jawatan CEO untuk syarikatnya sendiri.

Forever Mine [Junkyu]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें