Part 26 - Action

125 19 1
                                    

David meneliti sebuah bangunan yang belum siap dibina dihadapannya.

"Sini ke?" Soal Asahi.

"Kalau ikut lokasi terakhir telefon Raysha aktif, dekat sinilah tempatnya. Berjam-jam dah aku cari cara untuk jejak lokasi ini. Kemungkinan untuk salah tu tipis." Jelas Travis penuh yakin.

"Kenapa macam tak ada orang." David mula bersuara.

Serentak itu bunyi enjin kereta dari kejauhan mencuri tumpuan mereka bertiga.

"Wey menyorok! Sekarang!" Arah Travis seraya menarik David dan Asahi menyorok disebalik pagar konkrit bangunan itu.

"Perggh! Betullah kau cakap Asahi. Kadang manusia ni lagi menakutkan daripada hantu. Jump scare gila! Tiba-tiba saja kereta tu muncul." Cuak Travis.

"Nasib aku cadang letak kereta jauh sikit dari sini tadi. Kalau tidak, mesti kantoi punya yang kita dah jumpa mereka." Tambah Travis lagi sedikit berbisik dengan penuh riak dalam diri.

David dan Asahi hanya akur sambil mata memerhati empat orang lelaki yang keluar daripada perut kereta lalu mula menapak masuk ke dalam bangunan itu .

"Bila polis akan sampai?" Soal Travis kepada David.

"Aku tak pasti."

"Cuba korang tengok lelaki yang duduk tengah tu. Muka dia sama macam gambar yang ada dalam skrin komputer kau tadi Travis." Bisik Asahi kepada Travis.

David memerhati figura itu. Ternyata memang Mr Xuan.

Tangannya mula mengepal penumbuk mengawal amarah.

"Tepat sangkaan Layla." Tutur Travis seraya memandang David.

"Kau nak masuk sekarang?" Soal Travis apabila melihat tindakan David yang berdiri sebaik sahaja empat orang lelaki itu tidak lagi kelihatan.

"Habistu, kau nak suruh aku duduk diam dekat sini?"

"Lebih baik kita tunggu polis datang dulu. Kita tak tahu sebahaya mana lelaki-lelaki tadi." Pujuk Asahi.

David terdiam sejenak.

"Kalau macam tu. Biar aku masuk seorang dulu. Korang berdua tunggu sampai pasukan polis sampai."

"Tak boleh! Kita datang sama-sama, masuk sama-sama!" Tegas Travis menolak keputusan David.

"Aku risau kita terlambat Travis." David mula tidak keruan.

Sedari tadi emosi cemas cuba dikawal olehnya.

Ketiga-tiga mereka terdiam.

"Aku pun risaukan Ray..." Luah Asahi.

"So?"

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan.

~~~~

Layla mula dirundung rasa takut apabila kedengaran tapak kaki menapak ke arah di mana dia dan Raysha berada.

Kepala Raysha yang terlentok di atas bahunya ditepuk lembut mengejutkan gadis itu daripada terus terlena.

"Mereka datang." Jelas Layla kepada Raysha yang kelihatan sedikit mamai.

"Wah wah wah! Selesa nampak kena kurung dekat sini!" Layla dan Raysha sedikit tersentak dek teguran itu.

Badan mulai menggigil ketakutan.

"Sakitlah!" Bentak Layla apabila badannya dipaksa berdiri secara kasar oleh Mr Xuan.

"Kau ikut aku sekarang! Kamu bertiga pergi settlekan perempuan tu"

Raysha segera berdiri dan sedikit berundur apabila lelaki-lelaki itu cuba mendekati dirinya.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now