Part 40 - Quality Time

122 18 0
                                    

"Layla. Jom pergi dating." Tutur David senada tanpa riak.

Layla yang sedang ralit membelek majalah yang menunjukkan tempat-tempat menarik di Seoul itu tersentak.

"Awak betul-betul ke ni?!"

David berjalan mendekati Layla yang sedang membaca majalah di ruang balkoni mansion itu seraya mengangguk.

"Aku dah siap! Sekarang giliran kau pula yang kena pergi bersiap."

Walaupun dirundung rasa pelik Layla hanya menurut sahaja.

~

"David, slow sikit. Buat apa bawa kereta laju macam ini. Kita bukan nak cepat pun."

David mengerling ke arah Layla sekilas.

"Kau sedar tak ini dah masuk hari keempat merangkap hari terakhir aku jadi teman lelaki kau?"

Layla membuntangkan mata.

Sungguh cepat masa berlalu.

"Saya hampir terlupa."

"Hmm. Kau semua benda nak lupa."

"Jadi, hari ini aku akan jadikan hari yang paling special untuk kau Sweetheart."

Layla memandang David lalu satu kenyitan mata dihadiahkan kepada gadis itu.

Layla mula terkebil-kebil.

"Dah sampai!" Ujar David riang sebelum mencari tempat parking kereta yang sesuai.

Layla mengamati suasana.

"Hangang River Park."

"Yes Sweety. Aku pilih tempat ini sebagai tempat untuk kita break up." Selamba David menuturkan ayatnya.

Layla terkedu.

"Sudah jom!" Ajak David seraya membuka bonet kereta.

Layla hanya diam mengikuti langkah David.

"Kau pegang ni."

Plastik yang berisi alas tempat duduk disambut baik oleh Layla.

David menyangkut kamera berjenama Canon dilehernya sebelum bertindak menggapai dua buah bakul yang berisi barangan yang diperlukan.

Usai memastikan semua keperluan sudah cukup, bahagian bonet kereta ditutup rapat.

"Nak duduk dekat mana?"

Suasana di Hangang River Park yang sungguh meriah dipenuhi dengan orang ramai diperhati.

Mata Layla melilau mencari tempat yang sesuai untuk dia dan David duduk.

Dalam sibuk melilau, anak mata coklat miliknya tertancap pada tempat dibawah sebatang pokok berdekatan dengan sungai Han namun sedikit tersorok daripada pandangan orang ramai.

"Dekat sana okay ke?"

David memalingkan wajah ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Layla.

"Hah bolehlah. Ramai pula manusia yang datang dekat sini harini." Omel David seraya melangkah ke arah tempat itu diikuti Layla.

"Nice juga tempat ni. Lighting on point dan agak privasi."

Layla mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan David. *Saya pun terfikir benda yang sama."

Alas tempat duduk dikeluarkan daripada plastik lalu dihamparkan di atas tanah yang berumput itu.

"Kau susun tempat ini sekejap. Aku pergi beli makanan dekat sana."

Layla melihat kedai yang ditunjukkan David tidak jauh dari situ.

"Jangan lama-lama David." Pesan Layla dibalas senyuman acuh tak acuh daripada David.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now