Part 27 - Truth

128 19 2
                                    

"Your dad, am I right?"

"Betulkan kalau aku salah." Sinis kata-kata itu keluar dari mulut Mr Xuan cukup untuk membuat David terkelu.

"Kenapa diam? Betulkah apa yang aku cakap?" Soal Mr Xuan apabila David hanya mendiamkan diri.

David melangkah mendekati Mr Xuan meninggalkan Layla yang terkebil-kebil.

"Apa maksud kau ayah aku kena bunuh dengan kawan dia sendiri hah? Mana buktinya?!" Bentak David.

Ilai tawa daripada Mr Xuan mula memecahkan kesunyian.

"Itu buktinya!"

Semua mata tepat memandang Layla yang sedang dipenuhi tanda tanya.

Kening milik David mula berkerut.

"Apa maksud kau gila?!" Kali ini Asahi pula membentak.

"Kau jangan berani nak mengaitkan Layla dalam hal ini." Tegas David memberi amaran.

Satu penumbuk dilayangkan tepat pada wajah Mr Xuan untuk kesekian kalinya.

"David!" Travis menarik David menjauh dari Mr Xuan yang sedang tergelak sinis.

"Bodoh! Kau memang bodoh. Sama macam bapak kau."

Nafas David mula naik turun.

"Bertenang David. Aku tahu perkara ini sensitif bagi kau sekarang. Tapi jangan biar perasaan marah menguasai diri kau." Pujuk Travis perlahan.

"Apa maksud uncle. Saya bukti kepada kematian ibu bapa David?" Dengan langkah yang lemah Layla berjalan mendekati Mr Xuan.

"Apa kaitan saya dengan keluarga David?" Soal Layla lagi.

Kebenaran apakah yang tidak diketahui olehnya?

"Betul kau nak tahu?!"

Layla hanya diam menanti lelaki itu menyambung ayatnya.

"Disebabkan engkaulah... bapak kau jadi pembunuh! Dan kau pula..."

Jari telunjuk ditunding ke arah David.

"Hilang mak bapak!" Usai berkata demikian Mr Xuan mula ketawa persis orang yang sudah hilang kewarasan.

Layla dan David tergamam lalu saling berpandangan antara satu sama lain.

"Kau bodoh David sebab cuba selamatkan anak kepada pembunuh keluarga kau." Tambah Mr Xuan lagi dalam tawa.

"Kau tipu!" Tempik David menolak kenyataan itu.

"Buat apa aku nak tipu! Ayah kau kawan aku. Kami handle syarikat bersama-sama dahulu." Jelas Mr Xuan.

Layla yang tergaman disebelah ditarik merapat padanya.

"Jadi, selepas semua benda yang ayah perempuan ini buat pada keluarga kau. Layak lagi ke dia untuk hidup bahagia?"

David memandang Layla yang hanya diam.

"Jangan terpengaruh dengan kata-kata dia David!" Tegas Raysha.

Fikiran David mulai bercelaru.

Sungguh kenyataan ini terlalu menyakitkan.

Bang! Bang!

"Jangan bergerak! Angkat tangan! Kami polis."

Semua yang berada disitu tersentak.

Namun, Layla dan David masih tergamam.

Mr Xuan segera mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan di udara.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now