Part 9 - Im here

173 25 0
                                    

Keterangan yang diberikan oleh Layla diterima baik oleh pegawai-pegawai polis itu.

"Thanks for your help. I hope this case can be settle as soon as possible." Ujar David seraya bersalaman dengan pegawai polis itu.

Layla hanya melemparkan senyuman tawar.

"Jadi, boleh awak jelaskan sekarang encik David." Ujar Layla setelah dia dan David telah menapak keluar daripada balai polis itu.

David memandang Layla sekilas sebelum tangannya naik menggaru belakang kepala.

Bagaimana dia harus mula?

Sungguh dia masih tidak percaya bahawa gadis ini merupakan Layla Naira yang dicari olehnya selama ini.

Patutlah wajah gadis itu tidak asing pada pandangannya.

Lagipula Layla kelihatan fasih dan memahami bahasa yang digunakan David yang membuktikan bahawa gadis ini bukan penduduk asal di negara China.

Dengan air mukanya yang jauh berbeza daripada penduduk asal disitu lagi memperlihatkan yang gadis ini warga asing di sini.

"Apa kata kita pergi beli makanan dulu. Dah petang. Aku lapar." Ujar David mengubah topik perbualan sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat di mana kereta dia diletakkan.

Layla ditinggalkan terkebil-kebil sendirian. Kepalanya digelengkan.

Sungguh jejaka ini sangat pelik pada pandangannya. Kejap okay kejap tidak. Langkahnya juga turut dilajukan.

~~~

McDonald's menjadi tempat persinggahan bagi David dan Layla.

"Kau tunggu dalam ni, aku keluar beli makanan. Kena beratur panjang kalau nak drive thru."

Layla hanya akur mendengar kata-kata David.

Figura David yang mula memasuki kedai itu dihantar dengan pandangan mata.

Kini hanya dirinya sahaja bersendirian di dalam kereta.

Pandangannya teralih pula pada keadaan diluar.

Situasi ini sudah hampir seminggu tidak dilihat olehnya.

Keadaan bandar di waktu petang. Dengan kereta yang sedang lalu lalang serta beberapa orang pejalan kaki.

Sungguh dia rindu.

Tangan mula menekan button membuka cermin kereta untuk menghirup udara yang segar.

Walaupun hanya seminggu dirinya dikurung di tempat gelap itu, namun bagi Layla seakan hampir setahun . Sungguh dia trauma akan hal itu.

Teringat akan perkara itu menyebabkan Layla dirundung rasa takut.

Tangannya bergerak pula menekan button radio pada kereta untuk memecahkan kesunyian.

Radio itu bagaikan memahami dirinya saat ini. Lagu yang sering didengari oleh Layla mula berputar sebaik sahaja dia menekan.

(Song: My Treasure by Treasure)
-Available on top of this part-

Maksud lirik lagu itu sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada Layla.

Namun, sedang asyik dia mendengar lagu itu, sepasang matanya menangkap figura dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam memandang ke arahnya dari kejauhan dengan tajam atau lebih jelas seakan sedang menuju ke arahnya!

Anak matanya dilarikan sebelum tangan bertindak menutup cermin tingkap kereta itu.

Entah kenapa, orang yang lalu lalang disitu mulai berkurangan.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now