Part 45 - First time

150 18 0
                                    

"Sweetheart?"

Layla yang sedang berdiri dihadapan pintu bilik tidur milik David mula tersentak.

"Intai apa? Tak nak masuk?" Soal David hairan dengan tindak tanduk Layla yang seakan sedang mengintip pada muka pintu bilik tidurnya.

Layla tersengih canggung.

Entah kenapa, dirinya diselebungi rasa malu saat melihat hiasan bilik David yang diubah menjadi design bilik tidur pengantin.

"Cantikkan bilik tidur KITA."

Layla menelan air liur melihat David yang mula mengukirkan senyuman nakal kepadanya.

Layanan David sebegini sungguh menyeramkan.

"Jom masuk."

Layla terkebil-kebil menyambut huluran tangan milik David kepadanya.

Tanpa bantahan Layla menuruti langkah jejaka itu seraya melangkah masuk ke dalam bilik sambil tangannya dipimpin oleh David.

"Itu bukan ke..."

Satu kotak yang sangat tidak asing yang berada di atas almari paras lutut bersebelahan katil mula menerjah pandangan Layla.

"Pergilah ambik. Mereput dah telefon tu, lama sangat duduk dalam kotak."

Layla mendongak memandang David di sebelahnya.

"I bought it for you, remember?"

"Tapi-"

Kata-kata Layla terhenti saat jari telunjuk milik David diletakkan pada bibirnya.

"Anggap itu sebagai hadiah yang pertama from me as your husband. Boleh Sweetheart?" Lembut David bersuara.

Layla hanya akur namun tidak pula dia berganjak untuk mengambil telefon itu.

"Penat betulkan harini?" Tutur David seraya membuka blazer berwarna putih yang dipakai olehnya.

Tindakan itu serta merta membuatkan Layla memusing badannya membelakangkan David.

David yang melihat situasi itu kehairanan sebelum sekali lagi senyuman nakal mula terukir.

"Why? Malu?"

Layla mengemam bibir. Pertanyaan David hanya dibiarkan sepi tanpa balasan.

David menghampiri Layla lalu memeluk gadis itu dari belakang.

Degupan jantung Layla mula tidak keruan tatkala tiada lagi jarak antara badan miliknya dan David.

Serta merta dirinya kaku menerima pelukan secara mengejut daripada jejaka itu.

"Listen Sweetheart. From now on, tolong buang semua rasa malu atau rasa kekok awak dengan saya. Boleh?" Perlahan David menuturkan ayat itu ditelinga Layla.

Layla mula terpinga-pinga.

Dia tidak salah dengarkan?

David baru sahaja membahasakan dirinya sebagai 'saya' kan?

Layla mula meleraikan pelukan daripada David sebelum memusingkan badan menghadap jejaka itu.

"Saya?"

David termalu sendiri mendengar pertanyaan Layla.

"Kenapa? Nak saya bahasakan diri saya apa? Abang?"

Layla menyembunyikan senyuman.

Sepantas ini David mula mencipta panggilan baru antara mereka.

"'Sayang also sounds good." Tambah David lagi bersama tangan yang diletak pada dagu seakan gaya sedang berfikir.

"Sayang dan Sweetheart!"

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now