Part 13 - Reveal

139 20 0
                                    

David mendekati Layla yang sedang termenung disofa itu dengan mukanya yang merah padam.

"Apahal kau tutup lampu tadi?" Marah David.

Layla tersentak.

"Maaf..." Ujar Layla lemah.Dia tak ada semangat untuk bergaduh sekarang kerana otaknya kini mula risau akan sesuatu.

"Tak payah nak minta maaf sangat. Nasib aku jumpa dekat mana aku letak baju? Kalau tidak-"

"David..." Panggil Layla perlahan menghentikan percakapan David.

" Untuk soalan yang awak tanya saya pagi kelmarin...
Saya akan bagitahu pasal tu...sekarang." Pandangan Layla diarah tepat pada sepasang anak mata David yang sedang hairan dengan perubahan emosinya yang mengejut.

Entah kenapa mendengar Layla berkata demikian menyebabkan amarah David tadi terus hilang.

David mengerutkan kening.

"Kenapa kau tiba-tiba nak cakap pasal tu pagi-pagi buta macam ni hm?"

Layla hanya senyap tidak membalas.

Mungkin dirinya sudah mula berasa selesa selepas mengetahui identiti David yang sebenar.

David menyilang tangan.

"Aku tak ada masalah. Kalau kau dah bersedia, teruskan... Jangan paksa diri. Kalau kau belum bersedia lebih baik tak payah."

"Malam tu..." Ucap Layla membuka bicara tanpa menghiraukan percakapan David.

David yang tadinya berdiri mula melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Layla.

Tumpuannya kini hanya diberikan pada gadis itu.

"Sebenarnya...malam itu saya lari untuk selamatkan diri saya daripada dibawa ke kelab malam. Saya hampir kena jual kepada lelaki yang saya langsung tak kenal awak tahu." Layla tersenyum kelat.

"Tapi nasib baik saya terserempak dengan awak. Dan kenapa semua perkara ni boleh berlaku bermula dengan syarikat papa saya yang tiba-tiba rugi besar sebab gagal dalam satu projek perkongsian dengan rakan dia. Bermula dari haritu, satu-satu masalah timbul."

Layla menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya.

"Awak tahu apa yang paling buruk?" Soalan Layla hanya mendapat kerutan daripada David.

"Saya kehilangan Mama."

David tersentak mendengarkan itu.

"Dia meninggal  sebab kena heart attack selepas Papa larikan diri." Ujar Layla sinis namun dapat dilihat kesedihan yang dia cuba pendam.

"Boleh awak bayangkan? Kami sudahlah hilang tempat bergantung, hilang rumah, hilang semuanya. Lepastu... Papa, lari?" Air matanya mula bertakung. Sungguh dia kesal dengan tindakan bapanya itu.

"Selepas mama dah selamat dikebumikan. Saya betul-betul hilang arah. Paling teruknya, semua benda ni berlaku sekelip mata saja. It's just take tiga hari dan hidup saya berubah sepenuhnya..." Tangan naik mengesat air matanya yang mula mengalir.

Layla menghela nafas.

Sungguh dia benci sikapnya yang satu ini.

Mudah menangis.

"Layla... Kau boleh berhenti kalau kau tak boleh nak teruskan. Aku faham."

Layla hanya menggeleng sebelum menyambung ayatnya.

"Selepas tu, saya guna semua duit yang saya ada untuk tampung diri teruskan hidup. Tapi..." Nafas Layla ditarik mencari kekuatan dalam dirinya.

"Masalah baru pula yang timbul. Saya kena tipu. Semua keperluan saya dicuri pada malam saya menyewa sebuah bilik. Rupa-rupanya pengurus di situ penipu. Lawakkan?" Terang Layla bersama soalan yang diajukan pada David.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now