Part 3 - Meet

246 29 0
                                    

Now present ~

Bunyi deruan enjin kereta mula bergema di segenap ruang lorong yang kecil yang terletak antara dua buah bangunan yang gah itu.

Keluhan berat dilepaskan sebelum sebelah tangan mula bertindak mematikan enjin kereta mencari ketenangan di lorong yang terpencil dan gelap itu.

"Mana aku nak pergi?!" Keluh David kesal dengan tindakannya itu.

Penyesalan mula menyelubungi dirinya. Kalaulah dia datang lebih awal mungkin perkara sebegini tidak akan berlaku.

Sekarang ini keadaannya betul-betul buntu.

Tangan mula bertindak mengambil telefon bimbit yang sedari tadi belum terusik olehnya.

Baru sahaja ingin menekan button dial untuk menelefon rakannya Travis, namun cahaya gelap mula memenuhi skrin telefon.

Telefon bimbitnya kehabisan bateri.

David meraup wajah mengenangkan nasibnya. Semua perkara tidak berlaku sesuai kemahuan.

Penat.

Itu yang mula menguasai dirinya.

Sedar akan dirinya memerlukan rehat untuk mendapatkan kembali tenaga, David mula menghidupkan kembali enjin keretanya untuk membawa diri pulang ke hotel yang telah ditempah untuk berehat.

Lorong yang gelap itu mula diterangi dengan cahaya lampu kereta David sebelum pedal minyak ditekan.

Sesekali matanya dikerling pada peta yang ditunjuk screen penanda jalan di kereta itu.

"Kenapa pelik sangat jalan ni?" Soal David pada diri sendiri.

Sedari tadi lagi dia hairan. Jalan yang dilalui olehnya hanyalah jalan sehala yang mencelah antara bangunan-bangunan tinggi dan bukannya highway.

Tangan mula menekan screen map itu. Tiba-tiba...

"Aishh!!!" Pedal break ditekan secara mengejut sehingga badannya tertolak kehadapan.

Keretanya baru sahaja hampir berlanggar dengan sebuah kenderaan yang tidak sempat dikenal pasti jenis kenderaannya.

Yang pasti, kereta itu tersangatlah laju. Menyedari situasi itu, David lantas dikuasai amarah yang membuak-buak.

"Manusia jenis apa yang gila bawa kereta laju-laju tengah malam dekat jalan kecik macam ni?! Kalau terlanggar tak ke bankrupt aku nak kena bayar se....."

Bukkkkk!

Leterannya terhenti apabila kelihatan satu figura berambut panjang dan agak kusut dalam keadaan lemah bersandar pada keretanya ataupun lebih tepat...

Mencuba untuk membuka pintu kereta dari arah penumpang bahagian hadapan.

David tergamam sejenak mengamati keadaan.

Matanya terpinga-pinga memandang figura di luar keretanya ini.

Persoalan yang tidak masuk akal menerjah mindanya.

Manusia?

atau

Hantu?

Tokk tokk

Ketukan pada cermin kereta dari luar bahagian penumpang disebelah kedengaran.

"T- to long s-sa ya." Tenggelam timbul suara lunak daripada figura itu menelusuri halwa telinga David yang masih lagi tergamam memproses keadaan.

Apakah yang sedang berlaku? Siapakah figura itu?

~~~~

Hours before ...

Suasana dalam bilik kurungan yang seakan penjara itu tersangatlah mengganggu si gadis daripada melelapkan matanya.

Perasaan gelisah sungguh menguasai dirinya saat ini.

"Layla..."

Panggilan daripada seorang wanita yang kelihatan dalam lingkungan umur 30-an itu disahut bersama senyuman.

"Kenapa kak?"

"Mereka akan bawa Layla ke tempat itu hari ini." Ujar wanita itu dengan nada sedih dan sedikit berbisik kepada Layla. Tidak semena-mena Layla mula mengukirkan senyuman.

Akhirnya! Peluang untuk dirinya keluar daripada sini telah tiba.

Wajah risau wanita itu ditatap lembut bersama senyuman.

"Akak jangan risau, Layla akan cuba sehabis baik untuk lari sebelum sampai ke tempat tu." balasnya dengan nada suara seakan berbisik takut didengari oleh bodyguard yang menjaga mereka.

Kelab malam.

Itulah tempat yang akan di tuju setelah entah berapa hari dia dikurung disini.

"Maaf sebab akak boleh tolong setakat ni saja" bisik wanita itu lagi. Kesal dengan tindakannya yang hanya sekadar mampu untuk memberitahu maklumat.

Ingin bertindak memberontak tetapi takut nyawanya pula yang melayang .

Layla hanya menatap sayu wajah wanita dihadapannya. Faham akan situasinya.

"Tak apa. Maklumat macam ni pun dah cukup. Jangan risau sangat." Pujuk Layla lantas mendapat gelengan yang laju sebagai balasan.

"Tak Layla. Ini masih tak cukup. Selepas semua benda yang keluarga Layla dah tolong akak-"

"Shhh, it's okay. Tak payah fikir."

"Tapi-"

"Maria! Boss panggil kau!"

Tersentak Layla dek panggilan itu.

"Akak pergi dulu."

~~~

Kereta kancil berwarna hitam itu dipandang dengan penuh debaran.

Malam ini sahaja peluang yang ada untuk Layla melarikan diri atau...

Kehidupannya akan hancur sepenuhnya!

"Masuk!" Arah lelaki yang berbadan tegap itu sambil menolak Layla untuk masuk ke dalam kereta dengan kasar.

"Mmmph!" Layla mula meronta-ronta apabila mulutnya tiba-tiba diterkap dengan sehelai kain yang berisi cecair sejurus sahaja dia masuk ke dalam perut kereta.

Tindakan bodyguard itu sememangnya pantas namun,

Layla lagi licik.

Dengan pantas dia menghentikan pernafasan dan berpura-pura pengsan.

Nasib baik wanita yang bernama Maria itu ada memberi peringatan kepada Layla berkaitan hal ini tadi.

Dan sekarang, dia hanya perlu bertahan dan tetap dalam keadaan sedar.

Kerisauan menyelubungi diri Layla, kerana walaupun dia berjaya menahan nafas sewaktu diterkap tadi, namun bau cecair itu masih menusuk ke dalam rongga hidungnya saat ini.

Bersambung...

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now