Part 10 - Tell me

166 24 0
                                    

Hari mulai gelap. Namun David masih memandu kenderaan dalam kawasan perkampungan yang tidak dikenali olehnya.

Tiada langsung papan tanda homestay ataupun tempat singgah yang sesuai untuk dia dan Layla berhenti.

David mula buntu.

Badannya juga sudah lenguh memandu kereta dari tadi. Sudahlah memandu tanpa hala tuju yang jelas.

Layla yang berada disebelah dikerling sekilas.

Tidur.

Gadis itu juga mungkin merasa kepenatan yang sama sepertinya.

Makanan mereka pun sudah sejuk tidak disentuh sedari tadi.

Sekali lagi David memberhentikan keretanya dibahu jalan.

Telefon dicapai sebelum nombor milik Travis ditekan.

"Hello sayang..." Suara pemanggil mula kedengaran ditalian seiring dengan bunyi keyboard komputer yang sedang ditekan.

"Travis, macam mana?" Soal David tanpa menghiraukan panggilan 'sayang' daripada Travis itu.

"Kejap. Aku masih cuba trace. Tapi last update tadi macam kereta tu masih jejak lokasi korang." Jelas Travis di talian sambil membebel.

"Macam ni. Kau follow dulu laluan peta yang aku akan hantar pada kau nanti ataupun kau bermalam saja terus dekat sana." Tambah Travis lagi.

David menggeleng.

"Aku tak rasa yang aku boleh bermalam kat sini sebab aku tak ada nampak langsung rumah sewa ataupun tempat berhenti rehat." Ujar David seraya memandang ke arah Layla disebelahnya yang sedikit menggeliat kecil.

Mungkin terganggu dengan perbualan telefonnya bersama Travis.

Travis berdecih.

"Emm..Kalau macam tu aku akan hantar dulu peta lepastu kau follow. Sekurang-kurangnya aku bolehlah alert kalau mereka tu ikut kau lagi nanti."

"Alright."

"Eh kejap. Tadi, yang kau call aku minta pengesahan identiti Layla tu..."

Niat David untuk menamatkan panggilan telefonnya bersama Travis terhenti,

"Aku memang yakin hundred percent yang dialah orang yang kau cari."

David termanggu sejenak.

"Maksud kau?"

"Untuk pengetahuan kau, aku dah cuba check kalau-kalau ada orang nama yang sama macam Layla menetap dekat situ. But guess what? Tak ada."

"Tambah lagi tu negara China. Kau sendiri pun boleh fikir. Kau rasa ada ke orang Cina yang nama dia 'Layla Naira'?" Jelas Travis.

David terdiam. Betul juga.

"Oi kau dengar tak?" Soal Travis apabila tidak mendapat balasan daripada David.

"I got it."

"Thanks Travis." Balas David lalu mematikan talian dengan begitu sahaja.

Usai sahaja menamatkan panggilan telefonnya bersama Travis, perutnya tidak semena-mena berkeroncong mengeluarkan bunyi tanda lapar .

Layla yang sedang tertidur itu dipandang.

Sudah pasti gadis itu juga turut berasa lapar.

Tangan David bertidak menarik sedikit hoodie yang dipakai oleh Layla pada bahagian lengan lalu menggoncang ke kiri dan kanan sedikit.

Tindakannya itu menyebabkan Layla sekali lagi menggeliat kecil.

Terasa diri sedikit terganggu Layla mula membuka mata perlahan-lahan.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now