Part 35 - Party

125 18 0
                                    

"Layla! Mereka dah balik!"

Deruan enjin daripada kereta milik David dan Asahi mula memasuki perkarangan rumah.

"Okey complete!"

Lampu berwarna perang dan putih mula menerangi kawasan taman mini di halaman rumah yang tadinya hanya diterangi cahaya yang samar-samar.

Layla tersenyum puas sambil meneliti susun atur serta hiasan yang telah dilakukan olehnya bersama Raysha.

"Pakai ini. Cepat!" Topi untuk celebration dipakaikan secara kasar di atas kepala Layla.

Terpinga-pinga gadis itu membetulkan posisi topi di atas kepalanya sambil mengejar langkah Raysha.

~

"Sejak bila kau pasang lampu dekat taman mini tepi rumah kau David? Cerah semacam saja."

Mendengarkan soalan daripada Travis, serta merta mata milik David dan Asahi tertancap pada bias cahaya dari halaman tepi rumahnya.

Tanpa sebarang kata, langkah diatur masuk ke dalam kawasan 'Noah Kim Garden' milik David.

"Surprise!!!" Jerit Raysha dan Layla serentak mengkagetkan David, Asahi dan Travis yang baru sahaja menapak masuk.

Ketiga-tiga jejaka itu terpinga-pinga memandang setiap sudut taman mini yang sudah diterangi dengan cahaya lampu.

"Wah!! Ada parti apa malam ni?!" Travis mula teruja.

"Ambik ni sorang satu." Raysha mula menghulurkan topi yang sama dipakai olehnya dan Layla kepada ketiga-tiga jejaka itu.

"Ini celebration untuk reunion kita yang tertangguh hari tu. Gempak tak?" Jelas Raysha penuh riang.

"How sweet! Thanks Love. Tapi kenapa special sangat kita punya reunion kali ni?" Soal Asahi seraya membuka blazer yang dipakai olehnya dan disangkut pada lengan.

"Yelah. Reunion kali ini memang lain daripada sebelum ni. Sekarang, kita ada ahli baru." Layla yang berada di sebelah ditarik merapat sebelum Raysha meneruskan kata-katanya.

"So ini adalah party untuk meraikan Layla juga."

"Cringe gila nak kena pakai topi macam ni." Ujar David sambil menatap jijik topi yang berada ditangannya.

"Diam! Malam ni semua kena pakai." Ujar Raysha tegas.

David hanya mencebik sinis dan akur.

"Awak dengan Layla buat semuanya sendiri Love?" Soal Asahi bersama mata yang bersinar mengamati setiap sudut taman mini.

Raysha mengangguk riang.

"Penat tau kitorang angkat meja ni keluar dari stor, setting lampu-lampu dengan memasaknya lagi." Cebik Raysha.

"Gempak gila decoration kau berdua buat. Macam bukan halaman rumah David dah kejadiannya."

David hanya melemparkan senyuman.

"Mestilah. Aku dengan Layla buat dengan penuh kasih sayang kau tahu. Betul tak Layla?"

Laju Layla mengangguk mengiyakan apa yang diujar oleh Raysha.

~

"Semoga, persahabatan kita kekal selamanya!"

"Mari lupakan semua yang dah berlaku dan mulakan hidup baru!"

"Cheers!"

Gelas yang berisi air Blackcurrant saling berlaga antara satu sama lain tatkala Asahi dan Travis menghabiskan kata-kata mereka.

"Jadi, David? Sedikit ucapan?" Soal Travis sambil menepuk-nepuk belakang badan David perlahan.

David mengernyitkan mata ke arah Travis sebelum berdehem pendek.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now