Part 32 - Forgiveness

117 18 0
                                    

"Aku nak pergi tandas kejap. Lambatlah order kita nak sampai." Pinta Travis lalu bangun melangkah keluar daripada cafe.

"Dia yang tak menyempat, pergi salahkan benda lain pula." Omel Asahi.

Layla tertawa kecil.

"Kau tengok apa David? Melilau sana sini." Soal Raysha apabila sedari tadi menangkap tindak tanduk David yang seakan melihat sesuatu.

"Tak ada apa-apa. Mungkin perasaan aku saja." David berdalih.

Figura berjaket dark brown bersama cap di atas kepala yang berdiri di luar bahagian bucu cafe itu dari tadi lagi menarik perhatiannya.

Siapakah?

"Kau serius ke dah okay Layla? Ada rasa sakit dekat mana-mana lagi tak?"

Layla hanya menggelengkan kepala membalas pertanyaan Raysha.

"Love, pesanan kita dah sampai!" Riang Asahi memberitahu Raysha apabila melihat pelayan cafe membawa beberapa dulang menuju ke arah mereka.

"Thank you." Ucap Raysha usai pelayan itu selesai menyusun pesanan mereka di atas meja.

Serentak itu kelibat Travis yang meluru ke arah mereka mula kelihatan.

"Kejapnya kau pergi tandas." Usik Asahi kepada Travis yang sedang melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Habistu kau nak aku bertapa dalam tu?"

"Tak payah nak bertekak dekat sini. Makan dulu." Laju David memintas percakapan dua jejaka itu sebelum mereka semua bertindak menjamu makanan yang telah terhidang.

~~

"Aku dah cakap jangan order banyakkan? Tak pasal-pasal membazir." Marah Raysha sambil berjalan menunggu ke ruang menunggu kapal terbang.

"Halah, rilekslah mak cik. Kita order time lapar memang macam itulah kejadiannya." Cebik Travis.

Raysha mencerlung tajam ke arah Travis.

"Love, jangan marah-marah. Kita dah nak balikkan. Bukan selalu boleh makan hidangan negara luar macam ni. Walaupun membazir sikit, sekurang-kurangnya kita boleh rasa banyak benda. Betul tak Layla?"

Layla yang tersentak namanya dipetik hanya mengangguk akur.

Raysha menjegilkan mata ke arah Asahi dan Travis silih berganti.

Ada sahaja alasannya.

"Kau cari apa David?" Kali ini Asahi pula menegur tindak tanduk pelik David yang seakan mencari sesuatu.

"Cuba korang tengok dekat sana."David menghala jari telunjuk ke arah figura yang sedari tadi mencuri tumpuannya.

"Kenapa dengan dia? Elok je aku tengok. Apa yang pelik?" Soal Travis kebingungan.

David mengemam bibir bawahnya penuh sangsi.

"Tapi aku tengok dia sebiji macam Mr Xuan. Dari tadi lagi dia macam ikut kita." Jelas David

"Kau jangan nak merapu dekat sini David. Mr Xuan tu dah kena tangkap. Perasaan kau je."

"Aku setuju dengan Asahi. Mungkin kau masih trauma dengan kejadian tiga hari lepas? Itu yang semua orang kau rasa macam orang tua tak guna tu." Ujar Travis.

David hanya akur tanpa bantahan. Mereka kembali mengatur langkah ke ruang menunggu.

"Eh, kenapa banyak sangat missed call?"

Layla, Asahi, Raysha dan David yang baru ingin duduk di atas seat untuk menunggu itu tersentak memandang Travis.

"Siapa yang call?" Soal Asahi

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now