Part 30 - Hero

130 20 0
                                    

"Lepaskan dia!"

Sergah Travis seraya diikuti beberapa orang pegawai polis yang baru menapak masuk ke dalam gudang tersebut.

"Travis kenapa kau datang?" David mula cemas.

Layla yang sedang meronta-ronta dipandang penuh kerisauan.

Bahunya yang ditembak tadi diterkap kemas menggunakan tangan untuk menghentikan pendarahan yang berlaku.

"Tak guna. Kita tak ada pilihan lain!"

Ashreyn yang tadinya hanya diam memerhati kini bertindak mengambil pistol milik Mr Xuan lalu melepaskan tembakan tepat mengenai lengan lelaki itu.

Bangg!

Mr Xuan mengaduh kesakitan seraya memegang bahagian lengan yang ditembak.

Serta merta Layla terlepas daripada cengkaman dilehernya.

Nafas cuba diatur.

Sungguh Layla hampir tidak bernyawa apabila dicekik sedemikian.

Dengan pantas David meluru ke arah Layla dan menarik gadis itu menjauh daripada Mr Xuan yang sedang menahan kesakitan akibat tembakan daripada Ashreyn tadi.

Travis memandang Ashreyn tidak percaya.

Seberani itu gadis di hadapannya ini bertindak!

Beberapa pegawai polis meluru ke arah Mr Xuan bersama gari di tangan.

"Bawa dia ke balai sekarang!"

Mendengarkan arahan itu, tubuh Mr Xuan dipaksa berdiri secara kasar lalu tangannya digari untuk dibawa ke balai polis.

"Lepaskan aku!" Jerit Mr Xuan sambil meronta-ronta untuk dilepaskan daripada pegangan pihak polis, namun tindakannya itu jelas hanya sia-sia.

Kesemua di situ menghembuskan nafas lega tatkala keadaan mulai terkawal.

Siren ambulans mula kedengaran.

Salah seorang pegawai polis menghampiri David dan Layla.

"Kamu berdua boleh ke hospital dahulu bagi mendapatkan rawatan. Pihak kami akan ke sana untuk mendengar keterangan lebih lanjut berkenaan kes ini daripada Cik Layla."

David dan Layla hanya mengangguk mendengarkan arahan yang diberikan kepada mereka.

"Bertahanlah..." Bisik David kepada Layla yang berada dipangkuannya.

Layla hanya mengangguk lemah sambil memandang baju David yang sudah dibasahi cecair darah pada bahagian bahu.

Jejaka itu hanya mengukirkan senyuman manis seolah-olah tidak terkesan langsung dengan kecederaan akibat daripada tembakan itu.

Travis menghampiri Ashreyn yang sedang menyimpan kesemua barangan miliknya  ke dalam backpack.

"Err.. hai? Long time no see.." Ragu-ragu Travis menegur figura yang bernama Ashreyn itu.

Namun gadis itu hanya memberi pandangan kosong sambil membetulkan rambut wolf cut miliknya yang sedikit serabai.

"Jadi, ni pertemuan kita yang ketigakan?" Travis mula berura-ura membuka bicara.

David hanya memerhati gelagat dua orang manusia itu seraya memapah Layla untuk bangun dan keluar daripada gudang itu.

"I gotta go. We need to say goodbye here." Tutur Ashreyn tanpa menghiraukan soalan Travis.

Backpack berwarna hitam itu dipikul.

Hoodie diangkat menutupi kepalanya semula sebelum langkah diatur keluar dengan riak selamba.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now