Part 11 - Explain?

156 23 1
                                    

"Kau satu-satunya orang yang tolong aku masa tu" ujar David sambil memandang tepat ke arah Layla.

"Tak, kejap,a-apa m-maksud awak?" Layla kebingungan

Tolong?

Tolong apa ni?!!!

Yang mana satu?

"Bila saya tolong awak?"

David menjegilkan mata ke arah Layla.

"Clue besar macam tu aku bagi pun kau masih tak dapat tangkap? Seriously Layla Naira?!" Kening David mulai berkerut.

Macam tu punya clue pun Layla tak dapat nak ingat lagi. Tertelan semut ke apa masa kecik-kecik dulu.

"Awak expect saya akan dapat tangkap terus ke bila awak mention nama tempat tu sahaja? Lepastu cakap yang saya tolong awak. Cuba bagitahu detail sikit." Ujar Layla.

"Oh satu lagi, berhenti panggil saya guna nama penuh saya!" Tegas Layla lagi.

Keadaan yang tadinya sunyi kini mulai bising diisi dengan suara Layla dan David.

"Kisah pulak aku. Yang kau ni makan semut ke sampai nyanyuk macam ni. Takkan benda sembilan tahun lepas dah lupa?"

Sekarang giliran Layla pula yang menjeling ke arah David.

Nyanyuk jejaka itu memanggil dirinya yang cute dan awet muda ni?

"Eh hello encik David. Awak tu yang bagi detail separuh-separuh lepastu nak salahkan saya pulak yang nyanyuknya" ujar Layla seraya berdiri dari duduknya menghadap David.

David yang melihat tindakan Layla yang berdiri itu turut sama berdiri menghadap Layla.

Gadis ini memang nak ajak gaduh ke apa. Semalam ayu, lemah lembut dan tak bermaya je nampak. Sekarang dah macam tomboy dah gamaknya.

"Hey, aku dah bagitahu detail . Kau je yang lembab nak faham huh!" Tutur David sambil menyilang tangannya.

Terbuntang luas mata Layla.

Tadi nyanyuk. Sekarang lembab pulak dia panggil?!

Ini dah lebih!

"Banyak cantik mulut . Ini kalau ganyang guna burger dekat tangan saya best jugak!"

David mula mengelak apabila burger yang Layla pegang itu disua-suakan menghala ke arah bibirnya.

"Layla stop! Tak eloklah." David sedikit berundur.

" Oh tahu pulak elok ke tak elok. Yang awak tu mulut tak ada insuran sangat dah kenapa?! Saya minta penjelasan je. Tapi mengata orang pula."

"Ish okay okay! Aku minta maaf! Okay? Puas hati?"

Layla hanya menjegilkan mata kepada David.

"Sekarang, explain! Kali ni jelaskan bagi elok sikit. Biar saya faham. Jangan nak cakap separuh-separuh lepastu satu perkataan macam tadi. Just straight to the point can you?" Panjang lebar Layla bersuara.

"Kau yang tak ingat nak salahkan aku pulak." perlahan David bersuara .

"Apa?!"

"Tak macam ni..." laju David membalas.

Air Oren di dalam bekas minuman diteguk oleh David. Seram dengan panahan mata yang diberikan oleh Layla.

Keadaan kembali tenang.

"Dulu, sembilan tahun lepas..."

"Chungju Korea... Kau ingat tak budak lelaki yang duduk bawah jambatan dekat- "

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now