Part 33 - Heal

119 16 0
                                    

"Layla, mari kita balik?" Ajak David.

"Tapi, ini mungkin kali terakhir saya jejak kaki dekat sini."

David melemparkan senyuman kepada gadis itu.

"Siapa yang cakap?"

Layla terdiam.

"Aku akan bawa kau datang melawat dekat sini bila-bila masa sahaja yang kau nak. Jangan risau.. okay?" Tutur David.

"Tapi..."

Layla melangkah keluar daripada kawasan permakaman itu dengan ragu-ragu.

"Layla, kau kena move on. Macam mana Papa kau nak tenang dekat atas sana kalau kau masih tak boleh terima pemergian dia. It's been a week already. Please?" David mula memujuk.

Wajah David ditatap meminta kekuatan.

"Kau ada aku Layla. Papa dah amanah aku untuk jaga kau. Jadi kau kena belajar untuk melepaskan orang yang dah pergi dengan hati yang terbuka. Kau fahamkan apa yang aku maksudkan?"

Layla mengangguk lemah.

Sudah seminggu dia menolak untuk balik ke Osaka apabila diajak oleh David disebabkan dirinya yang masih degil untuk menetap di sini selepas pemergian bapanya.

Kini hanya tinggal dia dan David yang masih menetap di Beijing manakala Raysha, Asahi dan Travis sudah bertolak balik empat hari yang lalu.

Layla menolehkan pandangan pada tempat di mana bapanya dikebumikan untuk kesekian kalinya sebelum menatap kembali wajah David yang sedia menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Kita balik okay?" Soal David meminta kepastian daripada gadis itu.

"Selamat tinggal Papa. Nanti Layla datang lagi." Tutur Layla perlahan sebelum menarik David pergi meninggalkan kawasan itu.

~~~~

"Kereta ada dekat sana." Ujar David kepada Layla apabila mereka berdua melangkah keluar daripada lapangan terbang Osaka.

"Awak drive sendiri?"

David mengangguk.

"Asahi busy dekat office. Travis pula tak pandai bawa kereta. Jadi aku suruh Asahi hantar kereta dekat sini sebelum kita naik flight tadi."

Layla mengangguk faham mendengar penjelasan David.

~

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Layla apabila arah jalan yang digunakan David agak asing pada pandangannya.

"Pergi healing."

Layla bingung.

"Healing?"

Wajah Layla yang kebingungan dikerling sekilas.

"Yes. Healing untuk tenangkan fikiran?" Tutur David.

Tidak semena-mena senyuman tawar terbit daripada bibir milik Layla.

"Kita nak pergi healing kat mana?"

David mula berfikir sejenak.

"Kau nak pergi mana?"

"Emm... Kita pergi taman?" Cadang Layla.

David melemparkan senyuman nipis sebelum mengangguk akur.

Kereta dipandu menuju ke tempat seperti yang diminta oleh Layla.

~

Kaki diatur melangkah ke arah Layla yang sedang termenung di atas bangku di bawah pokok yang agak rendang bersama dua bekas aiskrim di tangan.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now