Bergegas ke semua ahli keluarga Dayyan dan Dhia datang ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital tentang kemalangan yang melibatkan mereka berdua.
Puan Juliana menangis semahunya di dalam pelukan Encik Mokhtar. Sama juga dengan Puan Sri Aisyah yang menangis dalam pelukan Tan Sri Iskandar.
Yang lain hanya menunggu dengan sabar untuk mengetahui keadaan mereka berdua. Sudah berjam-jam lamanya mereka menunggu di luar bilik operation.
Setelah hampir 5 jam menunggu, akhirnya lampu di dewan pembedahan bertukar warna merah.
'Klak'
Pintu dewan pembedahan dibuka dan keluarlah seorang doktor dengan masih lengkap memakai uniform untuk membedah.
"Doktor. Macam mana dengan Dayyan dan Dhia?" Terus Muiz menerpa doktor perempuan itu dan bertanya tentang kawan baiknya dan adik perempuannya.
"Minta maaf. Kami dah buat yang terbaik. Encik Dayyan mengalami pendarahan di kepala kerana hentakkan yang terlalu kuat dan mungkin Encik Dayyan akan mengalami koma. Bagi Cik Dhia pula tidak terlalu teruk cuma tangan kanannya dan kaki kirinya patah. Buat masa ini juga Cik Dhia mungkin tidak akan sedarkan diri." Jelas doktor perempuan itu.
"Bila anak saya akan sedar dari koma?" Tanya Puan Sri Aisyah.
"Saya tak tahu bila. Doa banyak-banyak. Yang pasti bukan dalam masa terdekat ini."
"Anak saya?" Tanya Puan Juliana pula.
"Cik Dhia mungkin akan sedar dalam masa terdekat. Tapi, kami tidak tahu. Kerana keadaan kedua-duanya lemah."
Menangis Puan Juliana dan Puan Sri Aisyah. Doktor perempuan itu mengemam bibir dan berkata.
"Kalau, takde apa lagi saya minta diri dulu." Izin doktor itu.
"Em doktor. Bila kami boleh tengok mereka?"
"Lepas pihak kami meletakkan mereka di bilik wad masing-masing. Awak semua boleh lah jenguk." Selepas itu, doktor perempuan itu terus berlalu pergi selepas membalas ucapan terima kasih Muiz.
•••••
Muiz memandang sekujur tubuh adiknya yang terbaring lemah di atas katil. Dengan dahinya bertampal. Kaki dan tangan yang berbalut.
Puan Juliana sudah disuruh pulang oleh Muiz. Uminya dari tadi menangis sahaja lagi-lagi bila melihat keadaan Dhia seperti ini. Mengeluh Muiz.
"Long." Tegur Mikail dari belakang.
Berpusing badan Muiz menghadap Mikail. Dapat dilihat ada Aakif Mateen, sahabatnya dan juga Daniel Ariz, adik kepada Dayyan.
"Hmm."
"Kau okay tak bro?" Tanya Aakif.
"Okay. Dayyan macam mana?" Soal Muiz pada Daniel.
"Dayyan is fine. Cuma tu lah. Tadi jantung Dayyan sempat terhenti sekejap. Nasib takde apa yang serius."
"Aunty?"
"Mama menangis lah. Sekarang mama dah balik. Daddy bawa itupun susah nak pujuk ajak mama balik."
"Soal orang yang langgar Dayyan dengan adik kau ni macam mana?" Sampuk Aakif bila melihat keadaan Dhia.
Tak kalah teruk juga keadaan Dhia dengan Dayyan. Cuma bezanya, Dhia patah tangan dan kaki tapi Dayyan tidak. Hanya kepalanya saja yang terhentak.
"Dah kena tangkap. Untung ada ramai orang dekat situ. Katanya orang-orang dekat situ juga yang kejar kereta tu. Tadi pun pihak polis ada datang untuk tengok Dhia dan Dayyan." Beritahu Mikail.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...