Dayyan memperlahankan motornya apabila sudah masuk di laluan yang agak kecil. Dhia meletakkan tangannya di atas bahu Dayyan.
Matanya memandang sekeliling. Kawasan kampung. Udara segar. Nyaman. Lagi-lagi dengan pemandangan hijau yang penuh pokok-pokok. Cantik.
Tak lama selepas itu, Dayyan membelokkan motornya masuk ke dalam satu kawasan yang hanya ada sebiji rumah yang mewah dan besar.
Dayyan memberhentikan motor betul-betul di hadapan pintu utama rumah. Dhia mulai turun dan memijakkan kakinya di lantai.
Berpusing-pusing kepala Dhia memandang sekeliling. Rumah siapa pula ni?
"Rumah siapa ni hubby?" Tanya Dhia selepas Dayyan membukakan helmet di kepalanya.
"Ni villa daddy dan mama." Jawab Dayyan selepas dia mematikan enjin dan turun dari motor. Dia membetulkan sedikit rambutnya kerana serabai.
"Jauhnya villa daddy dan mama. Sampai ke Terengganu." Ujar Dhia dan dia berjalan menonong meninggalkan Dayyan.
Mata dia terpaku pada satu pokok bunga yang cantik. Bersinar mata Dhia melihat bunga-bunga itu.
Tulip!
Dayyan mengekori langkah isterinya dari belakang. Di sengetkan sedikit kepalanya melihat wajah gembira Dhia.
Dikeluarkan iPhone nya dari kocek seluar dan mula merakam segala tingkah isterinya. Tersenyum-senyum dia melihat rakaman itu.
'Such a beautiful wifey. You know how to make me smile even without trying hard.' Gumam hati Dayyan sambil bibirnya tidak lekang dari tersenyum.
Selepas itu, Dayyan menghentikan merakam Dhia. Handphone nya disimpan semula ke dalam kocek seluar. Dia berjalan mendekati isterinya dan dipeluk dari belakang.
"You like that flowers?" Soal Dayyan dengan menggesel puncak hidungnya di pipi Dhia.
"Suka. Cantik." Kata Dhia sambil tersenyum dan memandang wajah Dayyan yang menyangkutkan dagunya di bahu.
"Jom masuk. Sejuk dekat luar ni." Ajak Dayyan dan dipeluk bahu Dhia.
Masuk sahaja ke dalam villa, Dhia terpegun dengan dekorasi dalam villa itu. Cantik sangat. Moden tapi minimalis dengan english style.
Wow!
Tergelak kecil Dayyan melihat reaksi isterinya. Comel.
"SubhanaAllah. Cantiknya." Meliar mata Dhia melihat sekeliling.
"Ni betul villa daddy dengan mama?" Sambung Dhia bertanya.
"Yup. Ini villa daddy dan mama. Villa ni daddy bina selepas setahun daddy dan mama berkahwin. Kiranya ni villa anniversary diaorang untuk yang ke satu tahun usia perkahwinan diaorang masa tu." Cerita Dayyan.
"Hmm..untungnya mama. Sweet betul daddy. Nampak je luaran tu macam garang. Tapi, sebenarnya romantik daddy ni." Kata Dhia dengan matanya tunak memandang sekitar.
"Hubby tak romantik ke?" Duga Dayyan.
"Hmm..romantik ke tak eh?" Dhia mengetuk dagunya dengan jemari seakan tanda berfikir.
"Tak." Sepatah Dhia menjawab.
Mengecil mata Dayyan. Wajahnya juga sudah bertukar serius.
"Betul-betul lah sayang."
"Betul. Hubby tak romantik langsung. Dah lah awal-awal kenal sombong. Bila kita confess kena reject. Pakej kena hina lagi. Romantik ke tu? Tak en?" Sengaja Dhia berkata begitu.
Berubah terus wajah Dayyan. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya.
Tanpa bersuara lagi, Dayyan melangkah keluar ke arah balkoni.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...