Riuh bilik wad Dhia apabila keluarga Dhia dan Dayyan ada di situ. Termasuk juga lah dengan sahabat-sahabat baik mereka.
Dayyan pula sedang menyuapkan Dhia buah epal yang telah dipotong oleh Puan Juliana sebentar tadi.
"Lepas ni, Dhia kena pantang tau." Kata Puan Sri Aisyah setelah berdiri di sebelah Dhia.
"Kena pantang juga ke mama?" Tanya Dara.
"Mesti. Orang yang keguguran ni pun sama macam orang baru lepas bersalin. Kena pantang selama 44 hari. Nak lagi baik 100 hari." Terang Puan Sri Aisyah lembut.
"Betul tu. Jaga baik-baik. Lepas tu kena jaga emosi juga. Mental kita kena kuat. Sebagai suami, kena sentiasa ada dan bagi support pada isteri." Sokong Puan Juliana.
"Baik umi, mama. Dayyan akan sentiasa ada untuk buah hati dan pegarang jantung Dayyan ni." Usik Dayyan sambil tersenyum senget memandang Dhia yang sudah tersipu malu.
"Hubby." Panggil Dhia perlahan. Tertunduk kepalanya.
"Malu pula dia tu." Kata Encik Mokhtar.
"Malu-malu shytan." Sampuk Mikail selamba sambil menyuap kerepek kentang ke dalam mulutnya.
Tajam mata Dhia merenung wajah bersahaja abang keduanya itu. Suka betul cari pasal.
"Umi tengok angah tu." Adu Dhia manja.
"Umi ni sebenarnya dah muak tengok angah kamu tu. Dekat rumah tu 24 jam nak kena hadap muka dia. Bosan dah umi. Kadang ada sampai rasa nak muntah. Abah pun sama macam umi. Kan abang?" Seloroh Puan Juliana dengan menjeling sekilas melihat wajah Mikail yang sudah ternganga mendengar kata-kata uminya.
"Itu lah. Abah pun muak dah. Ada siapa-siapa yang nak anak. Boleh lah ambil dia ni hah." Sambung Encik Mokhtar mengiyakan kata-kata isterinya sebentar tadi.
"Sampai hati umi dan abah buat angah macam ni. Lebih baik umi dan abah hantar sahaja angah ke rumah anak-anak yatim. Huaaaaa." Mikail berpura-pura menangis sambil menyeka air matanya palsunya.
"Berlakon je lebih." Ucap Muiz.
"Aduh sakit." Mikail menggosok tengkuknya selepas ditampar Muiz.
Yang lain pula sudah ketawa apabila melihat gelagat Mikail yang tak sudah-sudah dengan guraun dan tingkahnya. Ada sahaja lah.
Tak lama selepas itu, pintu bilik wad dibuka dari luar. Faiqa melangkah masuk ke dalam dengan perlahan.
Semua terdiam melihat Faiqa yang baru sampai itu.
"Assalamualaikum." Ucap Faiqa memberi salam.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka menyahut salam Faiqa.
Faiqa berjalan mendekati Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Iskandar untuk bersalaman dahulu sebelum bersalam dengan yang lain pula.
Setelah itu, perlahan kaki Faiqa melangkah menghampiri Dhia yang duduk di atas katil.
"Dhia. Aku nak minta maaf. Sebab adik aku, kau jadi macam ni. Dayyan, aku pun nak minta maaf." Ucap Faiqa memohon maaf bagi pihak Fariha.
"Buat apa kau pula yang kena minta maaf? Sepatutnya perempuan tu yang minta maaf. Kau takda salah pun." Menyampuk Mikail dengan dingin.
Dayyan memandang Mikail yang sudah mula berdiri dari duduknya tadi sebelum kepalanya berpaling merenung Faiqa semula.
"Bukan salah kau pun, Iqa. Kau tak payah nak minta maaf atas kesalahan yang kau tak buat."
"Tapi.." Belum sempat Faiqa habis berkata. Dhia bersuara.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...