Dayyan's Lover : 36

6.6K 203 2
                                        

Loyalty Airlines

Di ruangan yang besar itu, Dayyan dan Faris lagi berbincang tentang projek di Negeri Sembilan.

"Kenapa pelan ni lain dari yang aku dah bincangkan haritu? Ada siapa-siapa tukar ke? Siapa yang bertanggungjawab soal ni?" Tanya Dayyan.

"Harisa. Project manager yang tuan dah arahkan dia untuk uruskan projek ni."

"Mana dia?"

"Harisa tak masuk hari ni. Semalam dia hantar surat mc. Anak dia tak sihat. Demam panas katanya." Beritahu Faris.

"Nanti kalau dia masuk suruh dia datang jumpa aku. Pandai-pandai tukar dah kenapa? Dia bos ke aku bos?" Bebel Dayyan tidak puas hati bila pelan yang dia sudah bincangkan ditukar hampir keseluruhannya.

"Baik, tuan. Em, tuan."

"Hmm."

"Soal dekat Singapore tu, tuan dah bagitahu puan?" Tanya Faris ingin tahu.

Terlepas keluhan Dayyan mendengarkan soalan dari Faris. Dia menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tuan tak bagitahu? Lagipun bukti semua kita dah dapat. Bukan salah tuan. Memang terang semua salah Syaqila."

"Aku nak tengok sejauh mana Syaqila boleh buat. Dia nak cabar aku sangat. Kita ikut dulu permainan dia."

"Tapi, tuan sekarang mempertaruhkan rumah tangga tuan. Kalau, puan percaya dengan apa yang puan nampak atau dengar. Teruk nanti tuan." Kata Faris.

"Takpe. Buat masa sekarang aku nak kau arahkan budak-budak untuk follow mana Syaqila pergi dan apa yang dia buat. Semua aku nak tahu." Tutur Dayyan, serius.

"Baik, tuan. Tapi, saya pesan awal-awal. Baik tuan bagitahu je pada puan. Jangan sampai puan dapat tahu dari Syaqila. Bahaya tuan. Syaqila boleh menambah cerita yang bukan-bukan nanti." Pesan Faris pada Dayyan.

"Kalau, takde apa. Saya keluar dulu." Faris bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik pejabat Dayyan.

Dayyan menyandarkan badannya di kerusi dan memusingkan kerusinya memandang pemandangan luar dari tingkap besar yang ada di biliknya.

"Hubby takkan biarkan sesiapa kacau hubungan kita, baby. Once you're mine, you always be mine."

•••••

Di kafe, Dhia duduk di kerusi yang beradi di kaunter sambil termenung. Dhia memikirkan apa yang Dayyan dah buat.

Sampai menangis minta maaf. Dua hari juga lah dia teringat benda ni. Ditanya Dayyan mesti jawapan Dayyan 'nanti baby tahu'.

Apa dia?

Curiousity kill the cat.

Sedang Dhia seronok termenung sambil jari-jemarinya mengetuk meja. Tiba-tiba, ada satu suara garau menegurnya.

Berpaling kepala Dhia melihat gerangan tersebut. Terus berubah wajah Dhia. Ternyata Hanif.

"Hai, Dhia."

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Dhia, kasar.

"Dah lama saya tak datang. Saya nak minta maaf tentang kejadian haritu. Saya tahu saya salah. Tak sepatutnya saya bersikap macam tu." Ucap Hanif perlahan.

"Saya dah maafkan."

"Terima kasih, Dhia."

"Hmm." Berura-ura Dhia mahu pergi dari situ. Tangannya dicekal Hanif.

"Lepas lah."

"Tapi Dhia, saya jujur tentang perasaan saya pada awak. Tolong lah terima saya. Saya tak kisah pun awak ada kahwin. Yang penting sekarang awak terima saya je." Kata Hanif.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now