Dayyan's Lover : 51

6.6K 206 1
                                        

Sudah seminggu Dhia keluar dari hospital dan seminggu juga Dayyan tidak ke tempat kerja. Pelik Dhia melihat suaminya yang hari-hari ada di rumah.

Macam sekarang. Dayyan lagi mengemas ruang tamu dan Dhia disuruh duduk di atas sofa sambil melihatnya kemas.

"Hubby." Panggil Dhia.

Dayyan yang mendengar isterinya memanggil terus kepalanya berpaling melihat Dhia.

"Ya, baby. Kenapa?"

"Hubby tak kerja ke?"

"Tak." Sepatah jawapan Dayyan.

"Tak? Kenapa tak?"

"Hubby nak jaga isteri hubby ni masa pantang. Lagipun hubby dah arahkan Faris kalau ada dokumen penting atau kerja-kerja penting hantar terus dekat email atau ke rumah. Hubby just work from home." Terang Dayyan panjang lebar.

"Tapi, penat lah hubby nanti. Kesian juga dengan Faris. Kena ulang-alik dari tempat kerja ke rumah. Hubby kalau nak pergi office tu pergi je. Dhia tak kisah."

Dayyan melepaskan nafas berat dan kakinya berjalan merapati Dhia. Sampai sahaja di hadapan Dhia, Dayyan melabuhkan punggung di sebelah Dhia.

Tangan Dhia ditarik dan digenggam lalu dikucup kekura tangan Dhia dengan penuh sayang.

"Baby. Hubby dah janji dengan diri hubby yang hubby akan jaga isteri hubby ni baik-baik. You're my priority. Kerja-kerja hubby tu semua Faris dan Daria boleh uruskan. Baby jangan risau."

"Tapi, hubby.." Dayyan memotong kata-kata Dhia.

"Takda tapi-tapi."

"Dengar ni. Dhia Marwa isteri kepada Dayyan Amsyar. Sejak dari hubby lafaz akad pada baby untuk jadikan baby isteri hubby, dari situ hubby dah janji untuk jaga baby sepenuh hati hubby. Tak kisah dalam apa jua keadaan. Kita pun dah janji untuk susah, senang, sakit, sihat, jatuh dan bangun sama-sama. Nanti kalau hubby sakit, baby lah pula jaga hubby. Boleh?" Sambung Dayyan dengan memandang redup mata Dhia.

Bergenang air mata Dhia apabila mendengar kata-kata suaminya itu. Tercebik bibirnya.

"Kenapa ni?" Tanya Dayyan risau melihat perubahan Dhia.

"Hubby suka bagi Dhia touching lah."

"Lah. Hatinya tersentuh lah ni?" Dhia mengangguk.

"Mesti hubby penatkan?"

"Sikit je. Takda apa pun lah setakat buat kerja rumah ni."

"Terima kasih dah jaga Dhia dalam pantang seminggu ni dan banyak lagi hari-harinya. Dhia hargai sangat. Dhia tak nak cakap banyak cuma Dhia nak cakap yang Dhia cinta dan sayang sangat-sangat dengan hubby." Tersenyum manis Dhia pada Dayyan.

Lebar senyuman Dayyan mendengar luahan cinta dari sang isteri. Memerah telinganya kerana malu.

"Malu, hubby. Ish." Dayyan memukul manja bahu Dhia dan menutup muka dengan kedua tapak tangannya.

Berkerut dahi Dhia melihat suaminya sebegini.

"Hub-eh. Ni hubby Dhia ke? Ni Dayyan Amsyar kan? Bukan orang lain kan?" Menyeget kepala Dhia merenung Dayyan.

"Hubby lah ni." Ketus Dayyan.

"Lega Dhia. Ingat tadi orang lain. Tak pernah-pernah hubby macam tu." Kata Dhia sambil menggosok perlahan dadanya.

"Dah-dah. Hubby pergi sambung kemas sana."

"Halau ke?"

"Tak halau. Kerja hubby tak habis lagi tu. Pergi sana habiskan kerja." Arah Dhia selamba.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now