Dayyan's Lover : 33

7.3K 200 5
                                        

Hana duduk di sudut kafe starbuck menunggu kehadiran Mikail. Tadi mereka sudah berjanji untuk berjumpa.

Dia duduk sambil bermain dengan handphone nya dan mengscroll instagram. Terkumat-kamit mulutnya membebel sendiri.

Tak tahu apa yang dibebelkan. Macam orang tak puas hati pun ada.

"Ish. Takde benda seronok lah. Asyik yang sama je. Bosan. Mikail ni pun mana lah? Lambat sangat." Bebel Hana sendirian.

Matanya melilau memandang sekeliling. Tapi, selepas itu matanya membulat besar bila melihat seorang lelaki yang dikenal sedang duduk bersama dengan seorang wanita. Mesra lagi tu.

Hana menggosok matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang dia lihat sekarang adalah betul. Bukan khayalan atau mimpi di petang hari.

Ternyata memang betul. Lelaki yang dia lihat dan sedang bermesra bersama seorang wanita itu adalah Hanif.

Hana mengambil handphone nya dan dibuka aplikasi kamera lalu Hana menangkap gambar Hanif dengan wanita itu.

Sesudah itu, Hana menggelengkan kepalanya sambil melihat gambar-gambar tersebut. Hana mengirimkan semua gambar itu kepada Dhia. Biar Dhia tengok sendiri.

Mikail yang baru sampai melihatkan Hana seperti itu sudah merasa pelik. Mikail melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Hana.

Hana yang merasa ada seseorang duduk di kerusi hadapannya terus memandang gerangan itu.

"You." Panggil Hana.

"Hmm. Eh, ni yang you dok pandang sana tu pandang apa?" Tanya Mikail.

"Oh. Ni hah I nak tunjuk dekat you. You tengok lelaki tu yang duduk hujung sana tu dengan seorang perempuan yang tengah mesra-mesra tu." Tunjuk Hana pada Mikail.

Mikail menoleh kepalanya melihat kepada figura yang ditunjuk Hana. Menyenget kepala Mikail setelah dia mengenali figura tersebut.

"Tu Hanif kan?" Soal Mikail.

"Mana you kenal dia?" Terkejut Hana bila Mikail mengenali Hanif.

Mikail berpaling memandang Hana semula.

"Dia pernah buat kecoh dekat kafe Dhia. Pastu siap kena tumbuk lagi dengan Dayyan." Beritahu Mikail, jujur.

Hana menutup mulutnya kerana terkejut dan matanya membulat besar. Seakan tak percaya.

"Serious lah? Asal you tak cakap dengan I?"

"I lupa lah. Lagipun banyak benda nak fikir."

"So, siapa yang bagitahu you pasal Hanif tu?"

"Adra." Sepatah jawapan Mikail.

Terangguk-angguk kepala Hana. Selepas itu, dia memandang Hanif semula dan membuat muka menyampah.

"Eh kejap. Tadi you kata Dayyan tumbuk Hanif. Pasal apa?" Tanya Hana ingin tahu.

"Kacau bini orang siapa suruh. Lepastu mengaku depan-depan kata cintakan bini orang. Memang mendapat lah kau. Dayyan bagi kaw-kaw punya. Padu weh." Tutur Mikail.

"Memang patut Dayyan buat macam tu. Melampau sangat Hanif ni." Sokong Hana bersungguh.

"Ha ni yang you lambat pahal?"

"This is KL mah. What do you expect?"

"Keluar awal lain kali. Kalau tidak you bermandikan dengan air pistachio." Hana memberi amaran dengan wajah garang.

Menelan air liur Mikail. Hana ni tak boleh dibuat main. Kalau dia kata dia buat, dia buat.

"Baik lah sayangku." Ucap Mikail.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now