Sekarang ini, Dayyan betul tidak puas hati dengan Dhia kerana isterinya menipu dengan dia.
Muka bosan ditayangkan apabila Farihah memanggil dirinya.
Dhia pula sudah berlari masuk ke dapur membantu mak mertuanya untuk menghidangkan makanan.
Ya, mereka berdua sekarang lagi berada di rumah keluarga Dayyan. Tok nek dan Farihah juga turut berada di situ. Dhia tahu yang tok nek dan Farihah datang tapi, sengaja tidak memberitahu kepada Dayyan.
"Abang Am. Rindunya Fari dekat abang." Kata Farihah tanpa segan silu.
Tapi, Dayyan mengendahkan sahaja. Malas nak layan perempuan cacat otak ni.
"Abang Am, nanti petang bawa Fari jalan-jalan KL. Berdua je. Boleh eh?" Pinta Farihah dengan sengaja melunakkan suaranya.
"Malas." Ketus Dayyan.
"Alahhh..abang Am ni kan. Kalau dengan Fari semua malas. Cuba kalau dengan perempuan tu. Boleh je." Menjuih bibir Farihah dan sengaja membuat muka seakan merajuk dengan Dayyan.
"Perempuan yang kau cakap tu isteri aku. Masa aku semua untuk dia. Hanya dia." Tutur Dayyan, dingin.
Matanya masih tunak melihat handphone. Tak nak tengok wajah gedik Farihah.
"Okay-okay. Fine. Tak boleh sebut sikit pasal isteri dia tu. Tapi boleh kan bawa Fari jalan-jalan KL?"
"Kau pekak ke apa?" Mencebik bibir Farihah.
"Apa ni Am? Kan Fari cuma nak kamu bawa dia jalan-jalan pusing KL. Bawa je lah. Susah sangat kenapa? Kalau, pasal isteri kamu tu tak payah risau. Pandai-pandai lah dia. Mengada sangat." Menyampuk tok nek yang baru masuk ke ruang tamu.
Entah datang dari mana pun tak tahu lah. Tiba-tiba je muncul. Dah macam toyol.
Dayyan diam. Kang kalau dia buka mulut melawan tok nek. Dah jadi cucu derhaka.
"Bawa Fari ni nanti pergi jalan-jalan KL." Arah tok nek.
Farihah di situ sudah tersenyum-senyum suka. Wajahnya juga ditundukkan.
Dayyan merengus geram. Langsung Dayyan bangun dan berjalan meninggalkan ruang tamu. Malas nak duduk sekali dengan tok nek dan Farihah. Buat sakit hati je.
"Nak pergi mana? Amsyar!" Laung tok nek memanggil Dayyan.
Tapi, Dayyan hanya menonong berjalan menghiraukan tok nek yang menjerit terlolong macam orang gila memanggilnya.
"Tok nekkk..tengok lah abang Am tu. Suka buat Fari macam ni. Benci lah." Merengek Farihah mengadu kepada tok nek.
"Takpa. Kamu duduk je diam-diam. Tahu lah tok nek nanti."
"Sooo gedik. Benci lah." Daniel meniru gaya Farihah berkata tadi.
"Kamu pula ni dah kenapa?" Tegur tok nek.
"Takda apa. Cuma..benci lah." Sejurus itu, Daniel langsung laju berjalan masuk ke dapur.
Mencerlung tajam mata tok nek dan Farihah melihat pemergian Daniel.
•••••
Masuk sahaja Dayyan ke dalam ruangan dapur. Dapat Dayyan lihat isterinya sedang membuat air.
Perlahan Dayyan berjalan mendekati Dhia yang masih tidak menyedari kedatangan Dayyan di situ.
Tersentak Dhia bila ada tangan yang mengepungnya di kiri dan kanan. Berpaling sedikit kepala Dhia melihat gerangan tersebut. Ternyata Dayyan.
"Kenapa tipu hubby?" Tanya Dayyan, berbisik.
"Tipu apa?"
"Kenapa tak cakap yang tok nek dengan Farihah pun ada dekat sini?"

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...