Dayyan's Lover : 65

6.5K 197 7
                                        

Malamnya, Dayyan dan Dhia pergi ke luar untuk makan. Dhia tiba-tiba teringin mahu makan bihun tom yam.

Jadi, Dayyan sebagai suami yang baik. Dia ikutkan sahaja kehendak si isteri kesayangan. Tak ikut nanti, merajuk lagi.

"Sedap bihun tom yam nya?" Tanya Dayyan sambil menyantap nasi goreng kampung.

"Sedap. Hubby nak rasa?"

"Aaaa.." Dayyan membuka mulutnya bila Dhia mahu menyuap.

"Sedap kan?" Soal Dhia.

"Sedap." Jawab Dayyan sambil tersenyum manis ke arah Dhia.

Sesudah habis makan, Dayyan dan Dhia berbual seketika sebelum Dayyan bangun pergi ke kaunter untuk membayar. Dhia pula menunggu Dayyan di hadapan pintu restoran.

Secara tiba-tiba, tanpa Dhia sedari. Mulutnya ditekup dari belakang. Dhia melawan tapi apakan daya. Tubuh dia yang kecil ingin melawan lelaki yang bertubuh jauh lebih besar dari dirinya. Handbag Dhia jatuh dari pegangannya.

Tak lama selepas itu, Dhia pengsan dek kerana menghidu bau yang ada di kain itu. Tubuh Dhia terkulai layu dan lelaki tersebut langsung mencempung Dhia dan berlalu pergi dari situ dengan cepat agar tidak disedari oleh yang lain. Lagi-lagi Dayyan.

Dayyan yang baru keluar dari restoran, meliarkan mata mencari kelibat sang isteri. Tiada. Ke mana isterinya menghilang lagi?

Tidak lama selepas itu, Dayyan perasan akan handbag Dhia. Laju-laju kakinya melangkah mendapatkan handbag tersebut.

Dibelek handbag itu dan membuka bahagian dalam untuk memastikan betul atau tidak itu ada lah handbag Dhia. Dicari barang peribadi isterinya seperti handphone. Ternyata betul. Memang handbag Dhia.

Berpusing Dayyan melihat sekeliling. Mana isterinya pergi ni? Ya Allah..

Dayyan terus mengambil handphone nya dan menelefon Muiz. Ingin memberitahu tentang perkara ini kepada Muiz.

Muiz
Assalamualaikum.

Dayyan
Waalaikumussalam. Iz, Dhia hilang.

Muiz
Dhia hilang? Kau biar betul? Kau dah cari adik aku?

Dayyan
Aku tak tipu lah. Kitaorang baru lepas makan, aku keluar je dari restoran. Tahu-tahu dia dah takda. Yang ada cuma handbag dia je. Dhia takda.

Muiz
Astaghfirullah. Dekat restoran tu ada cctv?

Dayyan
Aku tak sure.

Muiz
Kau pergi tengok cctv dulu. Cari tahu apa jadi dengan Dhia. Nanti aku datang dengan Mika.

Sejurus itu, panggilan dimatikan. Dayyan masuk semula ke dalam restoran. Dia pergi ke kaunter dan bertanya pada orang di kaunter itu.

"Bang. Restoran ni ada cctv?" Tanya Dayyan dengan keadaan risau dan gusar.

"Ada. Kenapa ya?" Tanya lelaki itu.

"Boleh saya tengok cctv? Isteri saya hilang."

"Boleh. Ikut saya ke belakang."

Dayyan mengikuti langkah lelaki yang berjalan di hadapannya terlebih dahulu. Selepas itu, mereka masuk ke dalam satu bilik kecil.

Di bilik itu, dapat Dayyan lihat ada sebuah komputer dan beberapa pasang kamera yang memaparkan setiap sudut restoran tersebut.

"Boleh check 10 minit sebelum?" Pinta Dayyan. Hatinya tidak usah dikata. Sudah berdegup laju dengan kehilangan isterinya.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now