Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Dhia, Dayyan menguak pintu bilik itu sedikit untuk mengintai terlebih dahulu sebelum masuk.
Dayyan melangkah masuk ke dalam dengan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Ditutup pintu bilik itu dengan perlahan.
Pusing sahaja dapat Dayyan lihat isterinya yang sedang baring di atas katil sambil membelakangi dirinya.
Dayyan mula menapak mendekati Dhia. Apabila sudah berdiri di sebelah isterinya, Dayyan memanjangkan leher sedikit untuk mengintai. Ternyata Dhia tengah tidur.
Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dhia dan dikucup dahi Dhia dengan penuh sayang. Dikalihkan rambut Dhia yang terjuntai di bahagian hadapan muka.
"Baru sehari kita pisah hubby dah rindu sangat dengan sayang." Luah Dayyan sambil menatap wajah bersih isterinya.
Diusap-usap wajah Dhia dan ditatap dengan pandangan yang penuh hangat. Sayang, kasih dan cintanya dia pada wanita ini. Dia sendiri tak sangka yang dia akan sesayang dan secinta ini pada Dhia.
Tak lama selepas itu, Dhia tersedar setelah merasakan ada pergerakan di wajahnya. Dia membuka dan mengerdipkan matanya beberapa kali.
Pusing sahaja badannya, dapat dia lihat ada suaminya di sebelah dia yang sedang merenung dirinya. Terkejut dia.
"Awak. Awak buat apa dekat sini?" Soal Dhia sambil bangun untuk duduk.
Dayyan yang melihatkan itu langsung membantu isterinya dan membetulkan duduk isterinya. Selepas itu, dia duduk semula di sebelah Dhia sambil berhadapan dengan Dhia.
"Baby sihat?" Tanya Dayyan lembut.
"Alhamdulillah. Awak buat apa dekat sini?" Dingin sahaja suara Dhia bertanya.
"Hub-hubby rindu baby. Kenapa baby tak bagitahu yang semalam baby kena tahan dekat hospital?"
"Perlu ke?"
"Perlu lah. Baby kan isteri hubby." Terasa hati Dayyan dengan soalan Dhia.
"Baru nak anggap saya isteri? Selama ni saya siapa?"
"Isteri hubby."
"Kalau saya isteri awak, awak takkan sembunyikan perkara besar macam tu sendiri. Setiap kali saya tanya, jawapan awak 'baby akan tahu nanti'. Saya ni penting ke tidak dalam hidup awak?" Keras nada suara yang digunakan Dhia ketika bercakap dengan Dayyan sekarang.
"Hubby tahu hubby salah. Hubby dah sembunyikan perkara macam ni dari baby. Tapi, tolong jangan hukum hubby macam ni. Hubby rindu sayang. Sangat-sangat." Luah Dayyan. Muram wajahnya.
Tapi, Dhia memandang wajah suaminya dengan pandangan kosong. Dia kecewa sangat. Kenapa Dayyan perlu sembunyikan perkara begini dari dia?
"Keluar." Sepatah arahan yang diberi Dhia membuat Dayyan terkedu.
Laju mata Dayyan mencari anak mata Dhia. Dipandang dalam ke dalam bebola mata isterinya.
"Sayang.."
"Stop calling me with that word. Kalau awak sayang saya, awak takkan sembunyikan perkara begini dari saya, Dayyan. Jadi, sila keluar." Pantas Dhia membidas panggilan Dayyan. Tegas nada suaranya.
"Baby, please. Hubby tak nak."
"Keluar, Dayyan. Saya dah muak lah." Dhia menolak tubuh Dayyan menjauh darinya.
"Sayang.." Panggil Dayyan.
"I said get out! Angah!" Menjerit Dhia memanggil Mikail.
"Sayang please jangan macam ni. Hubby tahu hubby salah. Jangan hukum hubby macam ni." Lirih suara Dayyan memohon pada Dhia.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...