Dayyan memarkirkan kereta Lamborghini Sian dia di dalam garaj setelah sampai di rumah keluarganya.
Selepas itu, Dayyan berpaling ke sebelah melihat isterinya yang ralit dengan iPhone di tangan sehingga tak sedar yang mereka sudah pun sampai.
"Baby.." Meleret Dayyan memanggil Dhia.
"Yes, hubby." Sahut Dhia dan menutup handphone lalu diletakkan di atas pahanya. Dia memalingkan wajahnya melihat suami kacaknya itu.
"Dah sampai." Kata Dayyan dan membuat Dhia melihat ke luar.
Memang betul. Mereka sudah pun sampai di rumah mertuanya. Tak sedar pula dia. Tersengih-sengih Dhia memandang Dayyan yang membelai kepala Dhia yang dilitupi dengan tudung bawal cotton warna lilac.
"Jom keluar. Lama dah diaorang tunggu." Ajak Dayyan dan mereka langsung berlalu keluar dari kereta.
Sesudah itu, Dayyan menekan butang lock dan menggamit Dhia untuk memegang tangannya. Dhia langsung menyambut tangan Dayyan dan digenggam.
Masuk sahaja ke dalam rumah, baru beberapa langkah mereka disapa oleh satu suara yang sangat mereka kenali.
Tok nek!
Apa lagi lah orang tua ni buat dekat rumah mama dan daddy ni? Mesti ada agenda.
"Ha sampai pun. Ingat lama lagi." Tegur tok nek sambil kakinya melangkah mendekati Dayyan dan Dhia.
"Maaf tok nek. Kami lambat." Ucap Dhia dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Tetapi, tok nek buat endah sahaja. Dia terus berlalu pergi ke ruang makan.
"Sayang okay?" Tanya Dayyan. Dia tahu pasti isterinya terasa. Dhia berpaling melihat Dayyan dan memberi senyuman kecil.
"Okay. Jom? Dhia dah lapar." Adu Dhia manja.
Mereka berdua berlalu menuju ke ruang makan. Yang lain sudah pun berada di kerusi masing-masing.
"Daddy, mama." Tegur Dhia dan bersalam dengan ibu dan bapa mertuanya itu dengan penuh hormat. Dayyan turut mengikuti gaya isterinya.
"Sampai pun menantu kesayangan mama ni. Ingat lambat lagi tadi. Baru kami nak makan biarkan kamu berdua." Seloroh Puan Sri Aisyah tanya sudah pun ketawa nipis.
"Anak mama ni hah, ma."
"Asal pula hubby? Takda ma. Menantu mama ni..Am dah suruh cepat. Dia boleh nak make up lah. Apa lah."
"Mana ada Dhia make up." Bantah Dhia dengan memukul bahu sang suami perlahan.
"Kak long tu kalau tak make up pun cantik dah. Neutral beauty sangat." Puji Dara dan di angguk oleh Daniel bagi menyokong kata-kata adiknya.
Tok nek yang mendengar itu membuat muka. Tak suka apabila mendengar mereka memuji Dhia.
"Ni Dhia. Dah lebih 2 bulan kan kamu gugur?" Soal tok nek tidak berdalih.
"Ya, tok nek." Jawab Dhia takut-takut.
"Takda tanda-tanda nak mengandung lagi ke?"
"Belum ada rezeki lagi, tok nek."
"Belum ada rezeki ke atau merancang?" Sinis tok nek.
"Belum ada rezeki lagi. Allah tu tahu bila nak bagi rezeki zuriat pada hambanya. Yang penting sekarang ni, kami bahagia. Tak perlu nak pertikaikan atau jadikan masalah soal tu." Jawab Dayyan mendatar.
"Betul tu, emak. InshaAllah, Dhia akan mengandung lagi. Kita doa sahaja supaya mereka ini diberi zuriat." Sampuk Puan Sri Aisyah.
"Aku tanya saja pun kena marah?"
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...