"Adik." Seru Encik Mokhtar yang bila melihat anak perempuannya ini duduk seorang diri di pondok luar.
Dhia memusingkan kepalanya memandang Encik Mokhtar. Terbit senyuman kecil.
"Adik buat apa seorang dekat sini? Dah malam kan?" Tanya Encik Mokhtar sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Saja, abah. Tenangkan hati. Tenangkan diri." Jawab Dhia lembut.
"Lagi dua hari je lagi anak abah ni nak jadi isteri orang dah. Abah tak sangka cepat je masa berlalu. Tahu-tahu adik dah besar. Eh tahu-tahu pula dah nak nikah." Ujar Encik Mokhtar sambil membelai lembut kepala Dhia.
"Abah ni..jangan lah cakap macam tu. Sedih adik. Abah memang nak bagi adik nangis ke?" Tanya Dhia dengan muka sedihnya.
"Tak lah. Adik yang nak nangis. Abah tak suruh pun." Kata Encik Mokhtar.
Dhia terus menarik lengan Encik Mokhtar untuk dipeluk.
"Abah nak cakap sikit. Bila adik dah jadi isteri nanti jadi isteri yang taat pada suami. Jangan bantah kata suami. Bantah bila suami suruh buat perkara yang dilarang Allah sahaja. Itu takpa. Dibolehkan."
"Abah nak adik jadi isteri yang solehah dan menurut segala apa yang dikata suami. Kalau, ada masalah, bincang baik-baik. Dalam hidup berumah tangga kena banyak bertolak ansur satu sama lain. Kena jujur dalam setiap apa yang kita buat dan percaya. Abah sayang anak abah. Abah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak perempuan abah ni." Ucap Encik Mokhtar panjang lebar.
Sesekali pasti diusap lembut kekura tangan Dhia. Dipegang dan dibelai.
"Abah.." Mengalir air mata Dhia. Bibirnya juga sudah dicebikkan ke depan.
"Adik pun sayang abah." Kata Dhia dengan memeluk lebih erat lengan Encik Mokhtar seperti tidak mahu lepas.
"Abah akan tetap jadi cinta pertama adik. Abah jangan risau tau." Sambung Dhia lagi.
"Ya, tuan puteri. Tapi, adik kena ingat. Cinta sejati adik adalah suami adik." Beritahu Encik Mokhtar lembut. Setelah itu, dikucup puncak kepala Dhia.
•••••
Esok harinya, Dhia lagi berada di dalam bilik bersama Qaisarah dan saudara-mara perempuan yang lain.
Mereka lagi melumurkan Dhia dengan kunyit beras yang sudah digaulkan bersama dengan air. Dilumurkan dan diratakan satu badan Dhia.
Habis Dhia bertukar jadi minions petang itu. Katanya dapat menaikkan seri pengantin dan dapat menghilangkan segala daki di badan.
"Berkunyit badan aku. Rasa macam aku ni dah boleh digoreng." Pasrah sahaja Dhia dibuat begitu.
Katanya itu adat orang dulu-dulu. Masalahnya ada lagi ke buat masa zaman moden ni?
"Haa Dhia. Dah boleh dah tu pergi mandi. Cuci badan tu hah. Dah kering ni." Arah Zara. Kakak saudara kepada Dhia.
"Boleh dah?"
"Hmm. Pergi."
"Alhamdulillah. Akhirnya terlepas juga." Ketika ini Dhia hanya berkemban sahaja. Nak malu buat apa? Semua dalam bilik dia ni, semua perempuan.
Perlahan Dhia bangkit dari duduknya di atas katil. Habis ada yang jatuh-jatuh berterabur di bawah.
Dhia menapak dengan perlahan menuju ke bilik air yang berada di dalam biliknya.
Setelah hampir 30 minit membersihkan diri, Dhia keluar dari bilik air dengan sudah lengkap berpakaian.
"Dhia. Malam nanti orang inai tu datang pukul berapa?" Tanya Lena sepupu yang sebaya dengan Dhia. Mereka berdua rapat dari kecil hingga lah sekarang.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...