Tersenyum Dhia memandang Adra yang sedang di make up kan oleh seorang wanita atau digelar sebagai MUA.
Cantik sangat dia melihat sahabatnya ini. Hari ini adalah hari pertunangan antara Adra dan Aakif. Akhirnya, tercapai jua impian Aakif ingin memiliki Adra.
"Dah siap." Kata wanita itu.
Tersentak Dhia bila mendengar suara wanita yang make up kan Adra.
"Cantiknya..terima kasih, kak." Ucap Adra seraya memuji hasil tangan wanita tersebut.
"Sama-sama. Lagipun akak make up simple je tu. Tuan badan ni hah cantik sangat. Tak pun make up pun lawa. Kulit pun putih mulus. Akak calit-calit je tadi." Seloroh wanita itu.
Tergelak kecil Adra mendengar kata-kata wanita itu. Dhia pun ikut tergelak sama.
"Ini akak pergi dulu. Ada nak make up kan orang lain lagi." Pamit wanita itu. Sempat dia senyum kepada Dhia dan Dhia membalas.
Keluar sahaja wanita itu. Dhia mara mendekati Adra.
"Cantiknya..untung abang Kif dapat kau." Puji Dhia. Bibir dia tak lekang dengan senyuman.
"Terima kasih. Kau pun cantik apa. Tapi, kan Dhia..aku tengok kau ni berseri lain macam tau. Badan kau pun makin naik. Nampak.." Jeda Adra sebelum menyambung bersuara.
"Gemuk sikit." Adra membuat jari gaya mencubit tanda sedikit.
"Iya ke? Tapi, aku rasa biasa je." Dhia memusing-masing kan badannya di hadapan cermin. Tapi, ada lah sikit rasa badannya naik.
"Pipi aku nampak kembangkan?" Adra mengangguk.
"Comel tak?" Dhia tanya dengan menaikkan kedua alisnya.
"Comel lah. Kawan aku kannn." Setelah itu, mereka berdua ketawa.
•••••
"Tengok cincin. Tengok cincin. Tengok cincin." Teruja Hana menarik tangan Adra untuk melihat cincin tunang Adra.
"Wuuu..berlian 5 kaghat." Seloroh Hana.
Ketawa besar yang lain mendengarkan itu. Selepas itu, Adra menayangkan cincin nya di hadapan Hana, Dhia dan Qaisarah.
"Tahniah, Adra. Akak doakan semoga Adra kuat menghadapi ujian bertunang." Tutur Qaisarah sambil tersenyum manis ke arah Adra.
"Terima kasih, kak Sarah.." Adra memeluk Qaisarah dan melentokkan kepalanya di bahu Qaisarah.
"Sama-sama." Balas Qaisarah mesra.
"Tunang juga budak Aakif ni ya?" Kata satu suara garau dari arah belakang mereka.
Berpusing kepala Adra, Dhia, Qaisarah dan Hana. Mereka melihat Mikail yang menepuk-nepuk bahu Aakif dengan agak sedikit kuat.
"Pelik aku." Sambung Mikail.
"Pahal pelik?" Tanya Aakif dengan kasar.
"Pelik lah. Macam mana Adra boleh terima kau? Dah lah tak semenggah. Muka biasa-biasa. Hmm..kelam hidup Adra." Kutuk Mikail selamba. Mukanya juga hanya beriak biasa.
"Kurang ajar kau kan. Tak sedar diri betul. Aku pun pelik juga. Macam mana Hana boleh terima lelaki senget macam kau ni?" Balas Aakif tidak mahu kalah.
"Sebab aku hensem dari kau." Mikail menaikkan sebelah alisnya sekali.
"Uwerkkk.." Aakif membuat gaya ingin muntah.
Menggeleng kepala Dayyan dan Muiz dengan kelakuan dua orang ini. Dah besar tapi macam budak-budak perangai. Haih lah. Entah lah bila nak dewasa pun tak tahu lah.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...