Dhia tersedar dari lena apabila mendengar suara seseorang sedang mengaji. Dhia meraba tempat tidur sebelahnya. Tiada orang.
Berpaling kepala Dhia melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas sejadah sambil mengaji. Tenang Dhia rasakan bila melihat pemandangan yang indah di hadapan matanya ini di pagi hari.
Ternyata Dayyan.
Dhia melihat ke arah jam. Sudah pukul 6:30 pagi. Waktu subuh. Pasti suaminya baru sahaja selesai dari menunaikan kewajipan yang satu itu.
Perlahan Dhia membangkitkan diri untuk duduk sambil bersandar di kepala katil.
Agak lama dia perhatikan Dayyan. Terbit senyuman di bibirnya. Tenang dia mendengar Dayyan melantunkan setiap bait ayat al-Quran. Hatinya terasa nyaman.
Tak lama selepas itu, Dayyan menyudahkan mengajinya. Dia menutup kitab itu dan beralih memandang Dhia. Terkejut sedikit dia apabila melihat sang isteri sudah pun bangun.
Dayyan mengemas tempat solatnya dan melipat sejadah. Al-Quran pula diletakkan di atas meja dengan perlahan. Selepas itu, dia berjalan mendekati Dhia.
Sampai sahaja dekat dengan Dhia, Dayyan melabuhkan punggung di hadapan Dhia. Dia mengambil tangan Dhia dan digenggam dengan erat lai dicium kekura tangan Dhia.
"Kenapa sayang bangun?" Tanya Dayyan.
"Hubby takda dekat sebelah." Tersenyum Dayyan mendengar balasan Dhia.
"Tak boleh tidur kalau hubby takda?" Dhia menggeleng sambil memuncungkan bibir dan mengerutkan hidung.
"Comel nya." Puji Dayyan dan mencuit puncak hidung Dhia.
"Isteri siapa?" Tanya Dhia.
"Isteri Dayyan Amsyar." Kata Dayyan bangga.
"Jadi?"
"Isteri Dayyan Amsyar adalah perempuan yang paling cantik, paling menawan, paling jelita dan paling baik. Sebab tu hubby sayang dan cinta sangat-sangat." Ujar Dayyan sambil memuji Dhia.
Tersipu malu Dhia. Dia mengemam bibirnya rapat. Mukanya sudah mula bahang. Padahal baru awal pagi lagi ni. Panas terik cahaya matahari pun belum ada lagi. Tapi, dia dah panas sebab terkena pujian hangat dari sang suami tercinta.
"Manisnya mulut." Dhia mencubit sedikit hujung bibir Dayyan.
"Dengan sayang je mulut hubby jadi manis." Setelah itu, laju-laju Dayyan mengucup bibir Dhia.
Dhia menyentuh bibirnya dan matanya membulat besar. Dia memandang suaminya tidak percaya.
"Hubby.." Panggil Dhia dengan geram.
"Ni lagi manis. This lip always drive me crazy. Kalau tak dikenangkan baby tengah pantang, memang hubby dah ngap." Kata Dayyan selamba.
Dhia mencubit perut Dayyan. Mendesis sakit Dayyan. Mukanya juga ikut berkerut.
"Gatalnya hubby pagi ni. Baru lepas solat subuh kan?"
"Tapi, baby suka kan?" Tanya Dayyan sambil menggosok perutnya.
"Tak. Dah lah tepi. Dhia nak mandi." Dhia menolak tubuh Dayyan menjauh darinya.
Sesudah itu, Dhia menurunkan kakinya mencecah lantai.
"Nak hubby mandikan tak?" Usik Dayyan lagi.
"Tak perlu. Dhia masih boleh mandi sendiri." Dhia menjeling manja kepada Dayyan. Tergelak kecil Dayyan dengan tingkah isterinya.
"Oh btw, suara hubby mengaji tadi merdu sangat. Dhia rasa tenang. Thank you. I love you." Puji Dhia tidak bengkang bengkok.
"Most welcome and I love you too, baby." Balas Dayyan lembut.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...