Sampai sahaja di rumah keluarganya. Dhia mamarkirkan keretanya di dalam garaj.
Dhia melangkah keluar dari kereta dengan lemah. Penat dia menangis satu hari itu. Kepalanya terasa pening.
Tiba-tiba, Dhia terasa mahu pengsan. Dia memegang kepalanya. Pandangannya juga sedikit demi sedikit semakin kabur.
Belum sempat tubuh Dhia jatuh menghempas ke jalan, dirinya di sambut Mikail.
"Adik!" Jerit Mikail.
Dhia mendengar ada yang memanggil diirnya untuk sedar. Tapi, matanya semakin berat. Lama-kelamaan, mata Dhia tertutup sepenuhnya.
Hal terakhir yang dia dengar sebelum pengsan adalah umi memanggil nama dia. Setelah itu, langsung Dhia sudah tidak mendengar apa-apa.
•••••
Sebulan telah berlalu. Dhia pun semakin pulih. Sekarang Dhia lagi sibuk mengurus kafe nya bersama Adra.
Tentang Dayyan. Dhia sudah tidak mahu ambil tahu. Sebulan juga Dhia tidak mendengar sebarang berita tentang Dayyan.
Biarlah dia. Dayyan juga mesti sudah menjadi tunangan orang. Tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Apa yang Dhia nak sekarang, Dhia harus lupakan Dayyan sepenuhnya.
"Assalamualaikum, princess." Ucap Hanif denagn membawa sejambak bunga ros merah buat Dhia.
Terkejut Dhia dengan kedatangan Hanif secara tiba-tiba. Mengurut dada Dhia untuk meredakan rasa terkejutnya.
"Waalaikumussalam. Hanif! Terkejut lah saya." Marah Dhia perlahan.
"Hehe..sorry, princess. Nah bunga cantik untuk orang yang cantik juga. This is for you." Hanif menghulurkan bunga ros itu di hadapan Dhia.
Perlahan Dhia menyambut jua pemberian dari Hanif. Dah banyak bunga yang Hanif bagi padanya.
"Dah banyak bunga awak bagi dekat saya, Hanif. Tengok lah kafe saya ni."
"Banyak-banyak bunga tu kan datang dari kedai sebelah. Awak lupa kafe awak ni bersambung dengan kedai bunga kawan awak. Tu kan memang konsep kafe korang."
"Tu bunga lain. Tapi, ini bunga dari awak. Tengok lah dekat setiap meja tu semua ada bunga. Ada bunga tulip, bunga ros, bunga orkid, bunga lavender. Lepas ni, bunga apa pula awak nak bagi?" Tanya Dhia dengan menghadap Hanif sambil bercekak pinggang.
"Awak nak bunga apa? Saya dah takde idea nak bagi bunga apa dekat awak dah." Kata Hanif yang merenung Dhia yang sedang memasukkan bunga yang baru diberinya tadi ke dalam pasu bunga.
Pasu itu di pula diisi dengan air agar bunga-bunga tersebut segar.
"Tak payah dah. Cukup lah, Hanif." Pasrah suara Dhia.
Dhia bergerak berjalan mendekati satu meja dan meletakkan pasu bunga itu di atasnya.
Hanif mengekori Dhia dari belakang. Suka dia tengok wajah Dhia. Cantik macam selalu.
"Awak marah saya ke?" Tanya Hanif lembut.
"Tak." Sepatah balasan dari Dhia.
"Jangan lah marah. Lepas ni saya bagi bunga matahari pula." Gurau Hanif yang ketawa kecil.
"Hanif!" Geram Dhia dengan Hanif.
"Okay-okay. No more flowers. Kalau, macam tu saya bagi hati saya lah. Boleh?" Seloroh Hanif walaupun dia serius dalam hal ini.
"Hanif, don't start. Awak tahu saya tak suka." Serius suara Dhia.
"Awak masih teringat lagi dengan lelaki tu ke?" Tanya Hanif ingin tahu.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...