Terpancar wajah gembira dan bahagia di muka Dayyan dan Dhia. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan masuk ke dalam pavilion mall.
Lepas sahaja sesi memberi hadiah, Dayyan terus mengajak Dhia untuk keluar dating. Katanya dah lama tak keluar berdua. Rindu nak luang masa sama-sama sambil jalan-jalan.
"Baby tak nak beli apa-apa ke?" Tanya Dayyan kerana dari tadi mereka hanya berjalan sahaja.
Bila Dayyan tanya pada Dhia pasti isterinya menggeleng kepala.
"Hmm..nak aiskrim. Baskin-Robbins punya. Boleh tak hubby?"
"Mesti lah boleh. Jom kita cari aiskrim." Ajak Dayyan.
Langsung Dhia memeluk lengan Dayyan. Tiba-tiba, wajah Dhia cemberut. Mana tidaknya. Dari tadi semua perempuan asyik memandang suaminya sahaja.
Buta ke dia dekat sebelah ni? Siap pegang tangan dan peluk lengan lagi. Sakit pula hati dia. Rasa macam nak cungkil je biji mata semua perempuan yang tengok suaminya.
Setiap kali lalu sahaja di hadapan perempuan, pasti semua perempuan di situ memandang bersinar ke arah Dayyan. Eee..geram pula dia tengok semua perempuan tu.
Sampai sahaja di Baskin-Robbins, mereka masuk ke dalam dan membuat pesanan di kaunter.
Dhia memesan dua aiskrim manakala Dayyan tidak memesan kerana dia seorang yang sangat tidak gemar pada makanan manis. Jarang sekali dia nak makan makanan manis.
Mereka berdua langsung duduk di satu meja kosong yang berada di hujung. Dayyan dan Dhia duduk secara berhadapan. Dayyan melihat wajah isterinya yang masam mencuka. Pelik dia.
"Baby kenapa ni?" Tanya Dayyan ingin tahu.
"Takda apa lah." Jawab Dhia acuh tak acuh. Memelas wajahnya.
"Cakap dengan hubby. Kenapa?" Dhia geleng.
"Baby.." Seru Dayyan dengan lembut. Tangannya memegang tangan Dhia yang berada di atas meja. Diusap lembut dan dicium tangan Dhia.
"Cakap lah. Kenapa?" Memuncung mulut Dhia. Wajahnya turut berubah mendung.
"Hubby lah." Ternaik kedua alis Dayyan.
"Asal hubby pula?" Tanya Dayyan tidak faham.
"Hubby hensem sangat. Semua perempuan pandang hubby. Dhia tak suka." Getus Dhia dengan nada seakan merajuk.
Terbit senyuman kecil di kedua ulas bibir Dayyan. Rupanya ini lah jadi penyebab kenapa isterinya cemberut.
"Diaorang yang pandang hubby. Bukan hubby yang suruh diaorang pandang hubby pun." Tenang Dayyan berkata.
"Ya, memang. Tapi, Dhia tak suka. Hubby hak Dhia. Hak untuk Dhia tengok, hak untuk Dhia sayang, hak untuk Dhia cinta dan segala pada pada hubby semuanya hak Dhia. Mana boleh perempuan lain pandang hubby." Dhia terus menarik tangannya yang digenggam Dayyan.
Dia menyilangkan kedua tangannya di dada dan wajahnya masam sahaja. Dayyan melepaskan keluhan di dalam hati. Dia bangkit dari duduknya dan melabuhkan punggung di sebelah sang isteri.
"Cemburu ya?" Tanya Dayyan dengan menyengetkan sedikit kepalanya merenung Dhia.
"Tak." Nafi Dhia.
"Ya ke? Tapi, hubby dapat hidu bau-bau macam ada orang cemburu ni." Galak Dayyan mengusik Dhia.
"Dhia kata tak, tak lah." Keras nada suara Dhia. Makin masam wajahnya.
Terletus tawa Dayyan sehingga menggamit beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati aiskrim memandang ke arah mereka.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...