Dhia
Angah. Nervous tak?Angah Ngok Ngek🤖
Nervous lah. Soalan kau pun eii.Dhia
Hahahahaha. Baru tunang je, ngah. Belum nikah lagi. Kalau, nikah..aku rasa jantung kau dah tercabut keluar dari soket.Angah Ngok Ngek🤖
Banyak lah kau tercabut. Hish.Dhia
Ni angah dekat mana? Dalam kereta eh?Angah Ngok Ngek🤖
Hmm. Dalam kereta ni.Dhia
Sorang?Angah Ngok Ngek🤖
Dengan Aakif. Tapi, dia boleh tidur dekat sebelah. Kurang asam punya kawan.Dhia
Hahahahah. Mana along?Angah Ngok Ngek🤖
Dekat dalam lah. Kau nanti kalau aku kahwin, jangan tak datang.Dhia
Mesti lah datang. Cuma waktu ni je tak dapat datang. Adik tengah pantang ni. Kalau boleh, adik dah terpacak dekat situ dengan Dayyan.Angah Ngok Ngek🤖
Sponsor sekali.Dhia
Meminta pula. Biarlah aku yang bagi. Tak malu.Angah Ngok Ngek🤖
Dengan kau, aku tak malu. Sponsor doorgift yang mahal punya.Dhia
Ah tak nak. Pokai lah aku nanti.Angah Ngok Ngek🤖
Laki kau kaya. 7 keturunan pun tak habis harta dia tu.Dhia
Dah lah. Ni nanti lama-lama makin merepek kau ni.Belum sempat Mikail ingin membalas. Dhia sudah menamatkan panggilan. Tergelak kecil Dhia bila sempat mendengar Mikail yang sedang membebel.
Dayyan yang berada di sebelah Dhia dari tadi hanya menggeleng kepala. Nakal sungguh isteri dia ni.
Tangannya naik mengelus belakang kepala Dhia dengan lembut sambil matanya fokus pada skrin laptop meneliti semua maklumat kerja.
Kepala Dhia berpusing memandang Dayyan. Tercebik bibir Dhia. Dayyan yang melihat itu sudah tersenyum kecil.
"Kenapa?" Tanya Dayyan lembut.
"Bestnya hari ni angah tunang. Tapi, tulah. Tak seronoknya sebab Dhia tak dapat pergi." Adu Dhia manja.
"Nanti angah nikah kita pergi lah. Baby kan tengah pantang sekarang ni." Pujuk Dayyan.
"Okay." Lemah suara Dhia.
Dayyan yang melihat si isteri lemau saja sudah tersenyum nipis. Aduhai, isteri.
"Sabar okay? Nanti habis pantang, hubby ingat nak bawa baby pergi honeymoon. Baby nak pergi mana?" Terus berubah wajah Dhia. Dari muram ke ceria.
"Honeymoon? Serius ni, hubby?" Tanya Dhia teruja. Dayyan mengangguk laju.
"Baby nak pergi mana?" Tanya Dayyan mengulang soalan.
"Emm..kalau, dalam Malaysia je boleh?" Soal Dhia meminta pendapat. Mana lah tahu suaminya nak ke luar negara.
"Boleh, baby. Cakap je nak pergi mana."
"Semporna, Sabah." Kata Dhia ceria.
"Boleh. Baby duduk tenang je. Habis je baby pantang, terus kita pergi Sabah." Dhia menepuk-nepuk tangannya kerana gembira.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...