Dayyan's Lover : 5

9.5K 334 10
                                    

"Adik, nah. Baju kau untuk pakai esok." Mikail menghulurkan baju kurung moden berwarna baby blue kepada Dhia.

Itu adalah warna tema keluarga mereka. Esok adalah hari pernikahan antara Muiz dan Qaisarah.

Dhia mengambil huluran baju itu dari tangan Mikail. Selepas itu, digantung di stand rod.

Mikail melihat wajah Dhia yang masam mencuka. Kenapa pula budak ni? Menggaru kepala Mikail.

"Kau kenapa dik? Ada masalah?" Tanya Mikail yang sudah duduk di birai katil Dhia.

Dhia berpaling memandang Mikail. Tak lama selepas itu, Dhia mengeluh. Dia berjalan mendekati Mikail dan memanjat naik ke atas katil queen size nya.

"Angah." Seru Dhia. Lemau je suaranya.

"Hmm." Mikail menjawab dengan berdehem.

"Esok.." Jeda Dhia sebentar. Dhia menggaru kepala. Tadi Mikail sekarang dia pula.

"Esok kenapa?" Ternaik kening kiri Mikail. Pelik dia tengok adiknya sekarang ini.

"Esok Dayyan ada datang ke?" Tanya Dhia perlahan.

"Ohh..gelabah lah ni? Ke takut?" Menyenget bibir Mikail.

"Takut tu tak. Gelabah tu ya. Tapi, sikit je." Dhia membuat gaya sikit tu dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya yang hampir bercantum itu.

"Ada lah kot. Along tu kan kawan dia. Diaorang kan 'bestfriend'." Tutur Mikail dengan menekan kata 'bestfriend' sedikit.

Mengendur bahu Dhia mendengarkan pernyataan Mikail tadi. Mengeluh lagi Dhia dibuatnya.

"Benda dah lama, dik. Aku pun tak rasa dia ingat lagi."

"Tapi, kalau dia ingat macam mana? Mana adik nak letak muka? Angah nak suruh adik pakai maskot ke esok datang nikahnya along nanti?" Sempat Dhia nak bergurau.

"Kau nak pakai maskot apa?" Tanya Mikail.

Dhia sudah mengecilkan matanya. Toya muka dia merenung abang keduanya ini.

"Gurau-gurau. Alah kau buat biasa sudah lah."

"Entah lah. Tak tahu lah.." Lemau sangat dah ni dari nada suaranya Dhia. Macam orang pasrah pun ada.

"Sabar eh? Dah lah. Aku keluar dulu. Aku datang sini sebab nak hantar baju kau je tadi." Puncak kepala Dhia dielus lembut dan baru dia menapak keluar dari bilik tidur Dhia.

Sempat dia menutup pintu bilik Dhia dengan perlahan.

Terpejam mata Dhia bila mengingati hari esok. Macam mana lah dia nak lalui hari esok dengan tenang?

"Ahhh serabutnya!! Ish! Tak suka, tak suka, tak suka lah!!" Jerit Dhia di sebalik wajahnya yang sudah ditutup dengan bantal.

Selepas itu, Dhia melepaskan keluhan kasar. Dah tak terhitung berapa kali dia mengeluh malam itu.

Dhia terus mengambil posisi baring yang selesa untuk tidur. Sekarang ni dia nak tidur. Esok tu biar lah esok. Apa nak jadi, jadi lah. Malas dia nak fikir dah ni.

•••••

Sekarang ini, mereka semua sudah bersiap sedia untuk pergi ke masjid kerana sebentar lagi akan mulanya majlis akad nikah.

Dhia sudah bersiap dengan cantiknya. Berbaju kurung moden berwarna baby blue dan kain kipas belakang. Tudung juga turut dipadankan dengan warna yang sama. Dhia hanya memakai tudung bawal sahaja.

Dhia sudah menunggu di dalam kereta Audi RS7 milik Mikail. Muiz pula menaiki kereta Alphard bersama Encik Mokhtar dan Puan Juliana.

Ada juga saudara-mara mereka yang lain. Penuh kerabat mereka di dalam rumah.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now