Dayyan's Lover : 32

8.1K 221 6
                                        

Selepas sahaja pulang dari rumah keluarga Dhia, Dayyan membawa Dhia ke sebuah taman.

Sekarang mereka berdua lagi duduk di satu bangku batu yang tersedia di taman itu sambil menghadap tasik yang terbentang di hadapan mata.

"Kenapa hubby bawa Dhia ke sini?" Tanya Dhia yang sedari tadi tertanya-tanya.

"Baby kan suka tempat macam ni. Jadi hubby bawa lah datang sini. Tak suka ke?"

"Suka lah. Dhia suka sangat. Thank you, hubby." Ucap Dhia dengan menghadiahkan senyuman manis buat Dayyan.

Mereka berdua diam setelah itu, Dhia memeluk lengan Dayyan dan melabuhkan kepalanya di atas bahu Dayyan. Tangan mereka bersulam.

"Baby." Seru Dayyan, perlahan.

"Ya, hubby." Jawab Dhia, lembut.

"Hubby nak tanya boleh?"

"Tanya lah."

"Ada yang baby sorokkan dari hubby?" Dhia menggeleng.

"Betul?" Dhia mengangkat kepalanya dari bahu Dayyan dan mengangguk yakin.

"Pasal kejadian empat tahun lepas?" Terdiam Dhia bila Dayyan menyebut tentang itu.

"Baby." Dhia jadi kelu lidah. Dia mulai jadi tidak tentu arah.

"Ta-takde." Gagap Dhia.

"Betul takde?" Tanya Dayyan sekali lagi. Kali ini, matanya memandang tepat ke dalam mata Dhia.

Menelan air liur Dhia dengan perubahan Dayyan. Wajahnya juga sudah garang.

"Habis apa yang hubby dengar malam tadi? Kenapa baby sembunyikan perkara tu dari hubby?" Soal Dayyan bertalu dengan nada suara beku.

"A-apa yang hubby cakap ni?" Dhia berpura-pura tidak mengerti.

"Masih nak pura-pura?"

"Be-betul. Dhia tak faham. A-apa hubby cakap?"

"You are the one. Selama ni hubby cari perempuan yang dah selamatkan hubby dari kemalangan empat tahun lepas. Rupanya perempuan tu dekat dengan hubby. Tapi hubby langsung tak sedar. Why are you hiding this from me? Suka tengok hubby macam orang bodoh tercari-cari perempuan yang dah selamatkan hubby? Puas hati?" Tanya Dayyan, dingin. Dia sudah berdiri.

Dhia menggigit bibir dan diam sahaja. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia rasa bersalah sangat. Kalau lah dia jujur dari awal.

"Kenapa diam?"

"Hub-hubby. Dhia minta maaf. Dhia tiada niat nak sembunyikan perkara ni dari hubby." Dhia turut berdiri dan mendekati Dayyan.

"Habistu apa?"

"Dhia cuma tak nak hubby rasa bersalah dengan apa yang dah jadi. Dhia takut kalau Dhia bagitahu nanti hubby tinggalkan Dhia. Dhia takut kalau hubby ingat Dhia jadi punca semua ni. Dhia tak nak. Cukup hati Dhia sakit dulu." Terang Dhia dengan kepalanya ditundukkan ke bawah.

Tubir matanya juga sudah bergenang dengan air mata. Dhia betul-betul rasa bersalah.

Dayyan yang mendengar kata-kata isterinya terus ditarik tubuh Dhia masuk ke dalam dakapan hangatnya. Dikucup berkali-kali puncak kepala Dhia.

"Hubby minta maaf, sayang. Kenapa hubby nak kena salahkan baby? You, the person who saved me."

"Dhia min-minta maaf..Dhia tak nak hilang hubby lagi." Tersedu-sedu Dhia menangis di dada Dayyan. Habis basah baju Dayyan.

"I love you, sayang." Ucap Dayyan bersungguh.

Dayyan meleraikan pelukan mereka dan memegang dagu Dhia lalu didongakkan untuk memandangnya.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now