Pagi itu, Dhia sedang bertungkus-lumus berada di dapur bagi membuat sarapan untuk suami manjanya.
Dhia hanya memasak nasi goreng kampung sahaja. Sedang khusyuk Dhia menggoreng tiba-tiba ada satu tangan besar melingkar di pinggang Dhia.
Tak usah ditebak. Kerana Dhia tahu siapa. Melalui bau perfume pun Dhia dah dapat tahu. Siapa lagi kalau bukan Dayyan.
"Lama lagi ke, baby?" Tanya Dayyan yang bergelayut manja di belakang Dhia.
"Kejap lagi siap. Hubby dah lapar ke?" Dayyang mengangguk.
"Aloo cian dia. Sabar eh?" Dhia cepat-cepat menyudahkan menggoreng nasi goreng untuk dihidangkan kepada Dayyan.
"Dah siap. Hubby lepas kejap. Dhia nak ambil mangkuk." Pinta Dhia dengan lembut.
Dayyan melepaskan lilitan tangannya di pinggang isterinya. Dia memerhati segala kelakuan isterinya yang langsung tidak merasa kekok berada di dapur.
Sesudah itu, Dhia menghidangkan nasi goreng kampung itu. Diletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng ke atas meja makan.
Dayyan mengekori langkah Dhia dari belakang dengan senyap.
Pusing sahaja Dhia ke belakang. Dapat Dhia lihat keadaan Dayyan yang tidak memakai baju. Shirtless!
Badan Dayyan terdedah dan hanya memakai seluar slack kerja.
"Hubby! Ni kenapa macam ni?" Tersengih Dayyan tidak bersalah.
"Pergi pakai baju. Ish!" Arah Dhia sambil bercekak pinggang. Gayanya dah macam emak-emak marah anak.
"Baby pakaikan." Pinta Dayyan dengan manja.
"Pakai sendiri boleh kan?" Dayyan geleng tidak mahu.
"Selama ni pakai sendiri boleh je."
"Tu dulu sebelum hubby ada isteri. Sekarang ada isteri suruh isteri lah." Balas Dayyan.
"Tangan tu baik lagi kan?" Pelik Dayyan bila Dhia tiba-tiba tanya pasal tangan dia. Dayyan angguk menjawab pertanyaan Dhia.
"Kalau, tangan tu baik lagi pergi pakai baju sendiri." Arah Dhia sekali lagi.
Dayyan yang mendengar kata-kata isterinya terus berpura-pura sakit. Dayyan berlakon.
"Aduh, aduh sakitnya tangan ni. Baby, tangan hubby sakit lah. Tolong. Hubby betul tak boleh pakai baju sendiri." Kata Dayyan dengan mukanya dikerut-kerutkan. Bagai menahan rasa sakit yang teramat sangat.
Mengecil mata Dhia merenung suaminya yang mengada ini. Rasa macam nak lipat-lipat je.
"Mengada lah. Cepat jom." Dhia terus berjalan menonong meninggalkan Dayyan di belakang.
Dayyan terus bersorak gembira bila Dhia melayan kerenah manjanya. Cepat-cepat Dayyan mengejar langkah Dhia yang sudah menjauh.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Dhia mengambil baju kemeja yang digantung di hanger. Dayyan pula duduk di birai katil menunggu Dhia.
Dhia datang menghampiri Dayyan yang tersenyum-senyum memandangnya.
"Nah bajunya. Pakai." Terus kendur bahu Dayyan.
"Hubby nak baby pakaikan." Kata Dayyan perlahan.
"Pakai sendiri kan boleh." Dayyan menggeleng.
"Nak Dhia pakaikan?" Dayyan mengangguk.
"Tak boleh pakai sendiri?" Dayyan geleng.
"Sejak bila jadi manja?" Tanya Dhia.
"Sejak hubby kahwin dengan baby." Jawab Dayyan.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...