"Dhia, minggu ni kita keluar lepak jom? Dah lama tak lepak." Ajak Adra.
"Tak boleh lah."
"Asal?"
"Minggu ni aku kena ikut Dayyan balik kampung dia dekat Kedah." Kata Dhia dengan bibir menjuih.
"Ada apa?"
"Kata Dayyan, nenek dia nak buat kenduri. Tak tahu kenduri apa. Dayyan pun tak tahu."
"Oh. Takpa lah. Kalau macam tu aku ajak kak Hana."
"Sorry tau." Ucap Dhia.
"It's okay lah. Aku faham." Kata Adra. Dia tahu yang Dhia mesti rasa bersalah.
Tiba-tiba, mata Adra agak membulat besar kerana seseorang yang baru melangkah masuk ke dalam kafe.
"Alamakkk..bala hari ni kau, Dhia." Dhia berpusing memandang Adra. Berkerut dahinya. Apa yang bala?
"Apa?"
"Tu." Memuncung mulut Adra menunjuk lelaki yang sedang berjalan menghampiri mereka.
Berpusing kepala Dhia untuk melihat gerangan tersebut yang ditunjuk Adra tadi. Terangkat kedua alis Dhia bila melihat Hanif.
"Hai, Dhia." Tegur Hanif bersama dengan senyuman manis.
"H—hai." Lambat-lambat Dhia membalas.
"This is for you. The beautiful flowers for beautiful girl." Hanif memberi bunga ros merah tiga kuntum pada Dhia.
Dhia dan Adra saling berpandangan. Sekarang ni Dhia tak tahu nak buat apa.
"Bunga?" Hanif angguk.
"For what?"
"Untuk menunjukkan kasih, sayang dan cinta saya pada awak." Tutur Hanif dengan masih tersenyum manis.
"O-ohhh. Tapi, awak tahu kan yang saya dah kahwin?"
"So?"
"So?" Dhia mengulang soalan Dayyan dengan menaikkan kedua belah keningnya.
"Dhia, saya tak kisah pun lah awak dah kahwin ke tidak. Awak bukan cintakan suami awak tu pun kan?"
"Dari mana awak tahu yang saya tak cintakan dia?" Tanya Dhia. Adra diam mendengar segalanya. Lagipun, Dhia memegang baju Adra supaya Adra tidak kemana-mana dan meninggalkannya berdua dengan Hanif.
"Because he don't love you too." Toya muka Adra mendengar ujaran tak masuk akal Hanif.
"Hanif, you don't know anything. So, please don't say like you know everything. We both love each other. Kalau, saya tak cintakan dia, saya tak akan setuju untuk jadi isteri dia."
"Betul tu." Sampuk Adra.
"Whatever. Btw, bunga ni saya bagi tiga kuntum yang membawa maksud 'I love you'."
"Haih. How many times that I have to tell you?" Bosan Dhia lama-lama.
"Lepas ni jangan cakap lagi. Sebab saya akan tetap terus cintakan awak." Tutur Hanif lembut.
Dhia dah mati kata. Tak tahu nak cakap apa lagi. Padahal dah tahu yang dia tu isteri orang. Nak juga.
Dayyan yang baru masuk ke dalam kafe memandang isterinya dan seorang lelaki yang sedang memegang bunga sambil tersenyum manis terhadap Dhia.
Jadi panas hati Dayyan melihatkan itu. Dayyan berjalan menghampiri Dhia.
"Baby." Panggil Dayyan dengan lembut.
Dhia, Adra dan Hanif terus memandang figura yang baru sahaja bersuara itu.
"Hubby." Sahut Dhia dengan wajah yang sudah tersenyum lebar. Tidak seperti tadi.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...