Dhia meletakkan baju kerja Dayyan di atas katil lalu dia duduk di birai katil sambil menunggu Dayyan yang sedang mandi di dalam bilik air.
Tak lama selepas itu, terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Lalu keluar lah Dayyan dengan memakai tuala separas pinggang sambil menonjolkan abs 6 ketul dia.
Rambut Dayyan masih basah. Maka terjadilah rintik-rintik hujan. Hehe. Tak. Saja je nak melawak.
Dhia yang melihat rambut suaminya masih basah seperti itu. Lekas-lekas dia mengambil tuala kecil untuk mengeringkan rambut Dayyan.
"Baby nak buat apa ni?" Tanya Dayyan bila Dhia sudah berdiri di hadapannya.
"Nak keringkan rambut hubby lah. Meh sini." Dhia menarik tangan Dayyan mengikutinya mendekati katil lalu ditolak Dayyan untuk duduk.
Dayyan menurut sahaja. Lincah tangan kecil Dhia mengeringkan rambut Dayyan menggunakan tuala.
Setelah siap mengeringkan rambut Dayyan. Dhia menghadiahkan senyuman manis kepada Dayyan dan menarik juga hujung bibir Dayyan untuk turut tersenyum.
"Senyum lah. Masam pagi-pagi ni kenapa? Tak elok tau muka masam pastu monyok je. Nanti rezeki tak masuk." Kata Dhia. Terus Dayyan tersenyum dengan menunjukkan giginya.
"Tak ikhlas betul senyum tu. Senyum dekat isteri sendiri juga. Bukan dekat perempuan lain. Itu pun susah." Ujar Dhia dengan nada suara seperti orang yang berjauh hati.
Dayyan yang mendengar perubahan dari suara isterinya. Terus ditarik tubuh Dhia. Dhia tidak dapat menyeimbangi badan lalu terduduk di atas paha Dayyan.
"Hubby." Dhia memukul bahu Dayyan. Geram.
"Marah hubby ke?" Dhia tidak menjawab malah matanya menjeling.
"Tak baik jeling suami." Perli Dayyan.
"Tak baik tak senyum dekat isteri." Dhia memulangkan semula perlian Dayyan barusan.
Ditatap serata wajah Dhia dan ditarik tangan Dhia bagi memeluk batang lehernya. Dhia hanya membiarkan sahaja. Tidak membantah atau memberontak.
"Hubby bukan tak nak senyum. Tapi, hubby penat sikit je."
"Senyum je hubby. Tak guna tenaga pun." Mencebik bibir Dhia. Nak merajuk.
"Okay-okay. Sorry.." Dibelai lembut pipi Dhia dan selepas itu, dicium pipi Dhia. Lama.
"Oh ya. Dhia baru teringat. Hubby kata lepas hubby siap kerja dekat Penang. Hubby nak bawa Dhia pergi satu tempat kan? Boleh Dhia tahu dekat mana?" Soal Dhia yang tiba-tiba teringat tentang perkara itu.
"Sabah. Hubby nak bawa baby pergi Sabah. Kan hubby ada janji nak bawa baby pergi honeymoon lepas sayang habis pantang. Tapi, tulah. Hmm." Dhia melihat wajah kecewa Dayyan.
Dhia membawa sebelah tangannya membelai lembut pipi Dayyan bagai memujuk.
"It's okay. Lagipun kita bukannya tahu perkara macam ni nak terjadi. Sabah tu bila-bila boleh pergi. Nanti kita plan betul-betul eh?" Pujuk Dhia dan membawa bibirnya mendekat dengan dahi Dayyan lalu dikucup dengan penuh sayang. Lama.
"Tapi hubby still kecewa sebab tak dapat bawa baby pergi Sabah macam yang hubby dah janji."
"Dhia okay je. Hubby tak bawa pun Dhia okay. Now, Dhia nak hubby senyum. Bagi senyuman paling manis hubby dekat Dhia. Kita lupakan je pasal Sabah tu." Arah Dhia dan tersenyum menampakkan gigi di hadapan Dayyan.
Dayyan yang melihat wajah ceria Dhia. Dia juga turut menarik bibirnya membentuk senyuman manis seperti yang dipinta Dhia.
"Macam ni lah suami Dhia. Baru hensem."

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...