M'Linen HOLDING
Muka bosan yang Mikail tonjolkan di dalam ruangan meeting itu. Menguap Mikail dibuatnya apabila mendengar penerangan dari seorang perempuan tentang projek mereka yang ingin bergabung dengan M'Linen HOLDING.
Muiz yang perasan akan tindakan adiknya itu mula menyepak sedikit kaki Mikail. Tersentak Mikail dan memandang abangnya.
"Straight your body and behave." Kata Muiz tanpa suara. Tapi dapat Mikail memahaminya.
Dia membetulkan duduknya dengan baik. Kang tak memasal Muiz baling fail tebal yang ada atas meja tersebut kepadanya. Mahu benjol kepala dia nanti.
Tak lama selepas itu, perempuan tersebut sudah menamatkan pembentangannya.
"Miss Yani, right?" Mikail bersuara. Tersentak wanita yang bernama Yani itu.
"Y-yes." Tergagap juga dia menyahut. Yang lain turut memandang ke arah mereka berdua. Apa lagi melihat wajah serius Mikail. Muiz mengangkat sebelah alisnya merenung Mikail.
Apa lagi lah yang adik dia nak buat ni.
"Your presentation is good. But, there is a bit of boredom in your explanation. Do you know that this project is very, very big?" Soal Mikail dengan nada serius.
Laju-laju Yani mengangguk. Memang benar. Projek kali ini bukan projek cikai. Projek kali ini sangat besar. Bahkan memakan kos hampir 50 juta.
"So, I want you to change in terms of construction. The concept of the villa that you explained earlier is not interesting. If possible i want to save cost. This project alone has cost millions. How about this, we change it. Malay and traditional themed as our villa concept. Agree?" Terang Mikail dan meminta pendapat serta persetujuan yang lain.
Mereka semua memandang antara satu sama lain sebelum beralih memandang Muiz.
"Okay. I agree. So, Yani can you redo everything?" Soal Muiz pada Yani.
"Yes, sure." Pantas Yani berkata.
"Good. Thank you everyone for coming. See you guys in the next meeting." Ucap Muiz dan mereka mula bersurai.
Yang tinggal di dalam ruangan meeting itu hanya lah Muiz dan Mikail. Muiz merenung adiknya ini. Macam orang tak cukup tidur.
"Kau pahal? Dalam meeting tadi asyik menguap je." Tegur Muiz.
"Tak cukup tidur." Acuh tak acuh Mikail menjawab.
"Asal tak cukup tidur? Nak kata kau jaga anak, kau belum kahwin lagi." Sempat Muiz berseloroh.
Menjeling Mikail pada Muiz.
"Huaaa. Aku ngantuk. Takda apa dah kan? Aku balik dulu. Chau." Mikail langsung meninggalkan Muiz sendiri. Malas nak berlama dengan Muiz. Nanti macam-macam soalan dia tanya.
Mikail dah lah mengantuk. Nanti-nanti je lah dia bagitahu pasal si budak Hanif tu.
•••••
Menjengkit kaki Dhia berjalan merapati Dayyan yang sedang bekerja. Fokus dan tegang wajah Dayyan.
Perlahan Dhia berjalan ke arah belakang Dayyan. Dekat sahaja, terus tangan Dhia melingkar di batang leher Dayyan. Dhia merehatkan dagunya di atas kepala Dayyan.
Terkejut Dayyan.
"Serius betul wajah suami kacak Dhia ni." Gumam Dhia perlahan tapi dapat didengari Dayyan.
Wajah Dayyan yang tegang tadi telah bertukar menjadi ceria.
"Mana ada. Tengok, hubby senyum. Tipu je kata muka hubby serius." Dayyan memandang dongak ke belakang. Dhia pula menunduk melihat Dayyan.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...