"What?! No, abah." Bantah Dhia.
Terkejut Dhia pagi itu bila Encik Mokhtar memberitahu tujuan Dayyan datang semalam ke rumah gara-gara mahu melamarnya menjadi isteri.
"Adik." Tegur Muiz bila Dhia meninggikan suaranya pada Encik Mokhtar.
"Tapi, kenapa adik? Dia takde perempuan lain ke?"
"Ha'ah lah. Dia takde perempuan lain ke?" Sampuk Mikail. Dari tadi dia hanya diam sahaja.
"Kenapa Dayyan pilih adik, itu adik kena tanya dia sendiri. Along sendiri takde jawapan untuk soalan adik. Dayyan je ada jawapan." Kata Muiz.
"Adik tolak. Adik tak nak."
"Adik.." Panggil Puan Juliana lembut. Qaisarah yang duduk di sebelah Dhia mengelus lembut bahu Dhia cuba untuk menenangkan adik iparnya ini.
"Adik tak nak, umi." Tegas suara Dhia.
"Nah. Ni cincin yang Dayyan bagi malam tadi pada umi dan abah." Puan Juliana menyerahkan cincin tersebut pada Dhia.
Dhia memandang Puan Juliana dan Encik Mokhtar tidak percaya.
"Buat apa bagi adik kotak cincin ni?" Soal Dhia tidak mengerti.
"Umi nak adik fikir betul-betul. Buat solat istikharah. Tenangkan hati adik. Adik sekarang ni terkejut sebab secara tiba-tiba je dengar berita ni." Nasihat Puan Juliana lembut.
"Adik tolak lamaran dia. Adik tak nak kahwin dengan Dayyan. Muktamad." Sejurus itu, Dhia bangkit dari duduknya dan berura-ura mahu pergi.
Tapi, tangannya dipegang Muiz. Muiz menyerahkan kotak cincin itu pada Dhia.
"Kalau, adik tolak. Adik cakap sendiri pada Dayyan. Pulangkan cincin ni sendiri pada Dayyan." Ucap Muiz tanpa nada suara.
"Tak boleh ke along atau siapa-siapa je yang pulangkan cincin ni pada Dayyan?" Tanya Dhia dengan memandang satu-persatu wajah keluarganya yang ada di situ.
"Pulangkan atau terima?" Mikail memberi dua pilihan buat Dhia.
Langsung Dhia mengambil kotak cincin itu dan berlalu pergi meninggalkan keluarganya yang merenung dirinya.
•••••
Loyalty Airlines
Di sini lah Dhia sekarang. Berdiri di hadapan bangunan besar dan megah itu.
Perlahan Dhia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut dengan perasaan marah, geram dan bercampur segalanya. Wajahnya tidak usah digambarkan lagi.
Dhia berjalan terus menuju ke bahagian receptionist. Dia cuba memaniskan wajahnya.
"Hai. Selamat datang ke Loyalty Airlines. Ada yang boleh saya tolong?" Tanya perempuan itu.
"Hai. Ya, memang saya perlukan pertolongan. Boleh saya tahu tingkat berapa saya boleh berjumpa dengan CEO awak ni?" Tanya Dhia terus tanpa berselindung lagi.
"Oh. Maksud cik, Tuan Dayyan Amsyar ke?"
"Awak ada berapa ramai orang CEO?" Soal Dhia dengan menjungkitkan sebelah keningnya.
"Tapi, cik ada buat appoiment?"
"Takde."
"Kalau, macam tu cik kena.." Kata-kata perempuan ini dipintas Dhia dengan pantas.
"Awak call dia cakap saya, Dhia Marwa nak jumpa dengan Dayyan Amsyar sekarang." Arah Dhia.
"Tapi, cik.."
"Call."
"Sekejap ya, cik." Sempat Dhia melihat tag nama perempuan itu. Namanya Puteri.
Puteri membuat panggilan kepada orang atasan untuk memberitahu perihal ini. Tak lama selepas itu, Puteri meletakkan telefon dan mendekat ke arah Dhia.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...