Dayyan's Lover : 58

6K 217 9
                                        

Dhia menyediakan sarapan buat Dayyan sebelum Dayyan berangkat masuk ke office.

Siap sudah Dhia hidang. Pagi ini, Dhia hanya buat sarapan ringkas sahaja. Dhia membuat sandwinch telur campur sayur salad dan mee goreng serta air teh panas.

Mengangkat kepala Dhia apabila mendengar suara tapak kaki seseorang menuruni dari tangga. Tersenyum Dhia melihat sang suami yang segak pada pagi ini.

Dayyan mendekati meja makan. Baru sahaja Dhia ingin duduk, tapi terbantut dek kerana Dayyan yang hanya minum teh panas sahaja. Sandwinch dan mee goreng yang dimasak Dhia langsung tidak dijamah.

Setelah itu, laju Dayyan mengatur langkah untuk keluar dari rumah. Dhia pantas mengejar langkah suaminya.

"Hubby!" Jerit Dhia memanggil Dayyan.

Dhia menarik Dayyan berpusing menghadap dirinya. Disuakan sandwinch ke mulut Dayyan. Terkebelakang Dayyan dibuatnya. Berkerut dahi Dayyan tidak memahami.

"Hubby tak sarapan lagi. Makan sikit. Jamah sandwinch ni. Buat alas perut." Kata Dhia bila melihat wajah tertanya Dayyan.

"Saya ada meeting. Sarapan dekat luar je. Lambat dah ni."

"Lambat pun tapi makan sikit je. Buat alas perut. Nanti kalau hubby sakit perut macam mana? Dhia tak nak suami Dhia sakit. Makan eh?" Dhia cuba menyuakan sekali lagi sandwinch itu pada Dayyan.

Dayyan yang melibat wajah berharap Dhia langsung menganga. Dikunyah perlahan sandwinch itu.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

Baru sahaja Dhia mahu bersalam. Dayyan sudah laju berpusing dan terus berlalu pergi.

Sudah 2 hari Dayyan bersikap dingin terhadap dirinya. Dhia sendiri pun tidak tahu sebab penyebabnya.

"Hubby tak cium dahi Dhia macam selalu pun." Sebak hati Dhia mengingat perkara itu. Dhia menghabiskan sandwinch yang digigit Dayyan.

•••••

Legacy Airlines

Termenung Dayyan memandang pemandangan luar dari kaca tingkap besar bilik pejabatnya itu.

Dia teringat akan isterinya. Sudah 2 hari dia tidak bermanja dengan Dhia. Rindunya lah dia pada isterinya.

Soal gambar itu juga langsung tidak ditanyakan pada Dhia. Hati dia sakit bila melihat gambar tersebut apa lagi melihat isterinya yang sedang dipeluk oleh lelaki lain.

"I miss you, baby." Ucap Dayyan dan memejamkan matanya secara perlahan bagi menenangkan hatinya.

Tidak lama selepas itu, tanpa ketukan. Langsung pintu bilik pejabat Dayyan dirempuh masuk oleh Aakif.

Tidak perlu Dayyan berteka-teki atau marah. Kerana dia sudah tahu siapa. Nak marah pun tak boleh. Manusia yang satu ini memang suka berperangai begini.

"Yow, assalamualaikum sahabat. Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?" Tanya Aakif.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah, baik." Jawab Dayyan selepas memusingkan kerusi menghadap Aakif. Wajahnya dimaniskan dan menghadiahkan Aakif satu senyuman.

"Kau buat apa dekat sini?" Sambung Dayyan bertanya.

"Macam biasa. Menyemak." Selamba balasan Aakif. Dayyan pula redha je lah dapat kawan serupa gini.

"Kif. Aku nak minta pendapat." Kata Dayyan tiba-tiba meminta pendapat Aakif.

Terkejut Aakif mendengar permintaan yang barusan sahaja meluncur keluar dari mulut Dayyan.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now