Dayyan's Lover : 49

6.6K 217 3
                                        

Sudah empat hari kejadian tersebut berlalu. Dhia masih lagi tidak sedarkan diri. Empat hari juga Dayyan ulang alik dari rumah ke office dan hospital.

Jika Dayyan tiada untuk menjaga Dhia. Pasti akan diganti dengan Mikail, Daniel, Dara, Adra dan Aakif yang setia menjaga. Kadang-kadang ada juga Encik Mokhtar dan Puan Juliana. Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Aisyah turut sama menjaga.

"Assalamualaikum warahmatullah." Ucap Dayyan setelah habis menunaikan solat zohor. Wajahnya diraup sekali dan kepalanya berpaling memandang Dhia yang masih kaku terbaring di atas katil.

Terukir senyuman hambar di bibir Dayyan. Perlahan Dayyan bangun dan melipat sejadah yang digunakan lalu diletak di atas sofa.

Setelah itu, Dayyan berjalan mendekati isterinya. Dia duduk di kerusi dan memegang tangan Dhia. Diusap lembut tangan Dhia yang dicucuk jarum.

"Sayang, bangun cepat please. Hubby sunyi takda sayang. I miss you so much. Hubby rindu nak tengok senyuman sayang, nak dengar gelak tawa sayang, nak gurau dengan sayang, nak usik sayang dan paling hubby rindu nak manja dengan sayang." Perlahan suara Dayyan. Seperti sedang menahan dari menangis.

Tangan Dayyan naik membelai lembut wajah Dhia. Diusap dengan penuh sayang. Selepas itu, Dayyan menjatuhkan tangannya dan dia meletakkan kepalanya di atas katil sambil masih memegang tangan Dhia.

•••••

"Aku kesian lah dengan Dayyan dan Dhia. Diaorang baru nak rasa gembira dah kena macam ni." Kata Aakif meluah rasa.

"Itu lah. Semua sebab sepupu cilaka dia tu." Sambung Mikail.

"Pasal tu korang jangan risau. Esok tok nek kitaorang datang sekali dengan Fariha. Memang kena lah." Beritahu Daniel.

Mereka bertiga sekarang berada di mamak. Aakif yang mengajak. Katanya dah lama tak melepak. Sekali nak bergosip.

Kau tengok? Lelaki pun kuat bergosip tau. Diaorang lelaki ni kalau bergosip mengalahkan perempuan. Kadang-kadang diaorang yang lebih over. Haih.

"Family kau yang lain dah tahu pasal ni?" Tanya Mikail pada Daniel.

"Cuma family aku je lah. Family sepupu, mak cik-mak cik tu semua tak. Tok nek pun tak tahu." Kata Daniel tenang.

"Kenapa tak?" Berkerut dahi Aakif.

"Mama aku tak nak kecoh lagi. Family Fari pun tak tahu lagi. Tapi, Faiqa dah tahu."

"Faiqa? Siapa tu?" Soal Mikail bila tidak mengenali nama yang disebut Daniel.

"Kakak kepada Fariha. Faiqa ni tegas orangnya. Tak pernah sekali pun dia bela adik dia tu. Esok pun katanya dia ada sekali. Dia cakap dia nak tibai adik dia." Beritahu Daniel.

"Wah. Menarik tu. Esok aku kena ada dekat sana. Nak tengok detik-detik kakak menibai adik." Sahut Aakif dengan semangat.

"Aku pun. Ikutkan hati aku ni. Esok pun aku nak tibai dia juga. Tapi aku fikir dia perempuan. Umi aku ajar supaya hormat perempuan. Jangan sakiti perempuan. Tapi, masalah sekarang ni, perempuan ni dah sakitkan adik aku. Geram betul lah." Tutur Mikail dengan wajah yang tampak betul-betul geram dengan apa yang dah terjadi pada Dhia.

"Lek lu. Esok kita tibai dia sama-sama. Eh lagi satu aku nak tanya kau. Apa cerita budak nama Hanif tu?" Tanya Aakif sambil menyuap maggi goreng ke dalam mulut.

"Aku ada upah orang untuk follow dia. Buat masa sekarang memang dia takda buat apa. Selalu terperap dekat rumah dia. Kalau keluar pun pergi kedai je pastu balik." Ujar Mikail tenang.

"Oh. Korang tak rasa macam..kematian Syaqila tu mencurigakan ke? I means like..atas sebab apa Syaqila tu dibunuh?" Kata Aakif perlahan. Tidak mahu ada yang mendengar.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now