Special Chapter

8.7K 230 15
                                    

5 tahun kemudian

Kelantang-kelentung bunyi bising di dapur. Kalut Dayyan nak memasak makanan tengah hari buat anak bujangnya.

Dhia tiada di rumah kerana ada tempahan kek yang harus dia hantar di rumah pelanggan bersama Adra. Jadi, Dayyan kena ambil cuti untuk menjaga anaknya.

Selalunya Dhia akan membawa anak mereka ke tempat kerja. Cuma hari ini, terpaksa menyuruh Dayyan mengambil cuti.

Darwish Aryan. Berusia 4 tahun. Sangat petah bercakap. Itulah anak sulung Dhia dan Dayyan. Muka sebijik macam Dayyan. Takda satu pun ikut Dhia.

"Papa. Lama lagi ke? Awish dah lapar ni." Kata Darwish yang baru melangkah masuk ke dalam dapur.

Tangan dia mencekak pinggang. Mukanya dibuat garang memandang Dayyan. Padahal tak nampak garang pun. Nampak comel ada lah.

Menoleh Dayyan memandang Darwish. Terbit senyuman Dayyan. Dia mendekati anaknya dan bertinggung menyamakan paras ketinggian.

"Sabar..papa tengah buat nasi goreng ayam buat Awish. Tadi Awish juga yang cakap nak nasi goreng ayam kan? Jadi, papa minta Awish sabar. Boleh?" Kata Dayyan dengan lembut.

"Boleh. Tapi, boleh cepat sikit? Awish dah lapar. Papa dari tadi suruh Awish sabar. Kalau mama, mesti dah siap dari tadi. Hmph!" Keluh Darwish di akhir ayatnya.

"Itu mama. Ini kan papa. Beza lah."

"Memang beza pun. Lambat sangat. Lebih baik papa order je. Dah tentu sampai dari tadi." Usai itu, Darwish langsung meninggalkan dapur.

Dia pergi ke ruang tamu untuk menonton cerita kartun nya semula.

Dayyan mengemam bibirnya. Memang dari tadi dia tak buat apa. Nasi baru saja dia tanak.

'Sayang..balik lah cepat. Awish dera hubby.' Kata Dayyan dalam hati.

Tak lama selepas itu, handphone Dayyan berbunyi. Lekas Dayyan mengambil handphone nya dan melihat siapa yang menelefon. Ternyata Dhia.

Langsung tersungging senyuman manis Dayyan. Dia menggesek ikon hijau untuk menjawab.

Dayyan
Sayang..

Sayang❤️
Assalamualaikum. Kenapa hubby ni?

Dayyan
Waalaikumussalam. Bila sayang nak balik?

Sayang❤️
Kejap lagi Dhia balik. Awish dah makan?

Dayyan
Belum. Tadi Awish minta hubby masakkan nasi goreng ayam. Hubby tak pandai buat.

Sayang❤️
Lah yeke? Sekarang ni hubby dengan Awish belum makan lagi lah ni?

Dayyan
Belum. Lapar sayang. Awish pun lapar tu. Tadi dia marah hubby, sayang.

Sayang❤️
Hahahah. Dia marah hubby? Kesian hubby Dhia kena marah.

Dayyan
Sayang dah dekat mana tu?

Sayang❤️
Sekejap lagi sampai. Nanti Dhia sampai rumah, Dhia masak. Dah lah dulu. Dhia nak drive.

Dayyan
Okay. Take care, sayang. I love you.

Sayang❤️
I love you more.

Usai itu, panggilan terus dimatikan. Dayyan melihat keadaan dapur yang agak kucar-kacir. Lebih baik dia kemas sebelum Dhia sampai.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now