Chapter 1

755 49 0
                                    

"Assalamualaikum mama, adik dah balik ni" Aryana memberi salam, dahinya berkerut saat melihat suasana rumah banglo milik keluarganya yang agak sunyi dari biasa.

Tidak lama kemudian muncul seorang pembantu rumah.

"Selamat pulang cik yana. Silakan masuk" ujar bibik Leha lalu memberi laluan kepada anak majikannya untuk masuk.

"Mereka semua pergi mana makcik?" soal Aryana dengan hormat. Dari dulu lagi dia diajar untuk menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

"Kalau tuan muda, dia pergi meeting. Kalau puan pula katanya nak beli sesuatu untuk cik Yana" bibik Leha segera memutup mulutnya apabila menyedari dia sudah terlepas cakap.

Aryana mengerutkan dahinya saat mendengar kata kata bibik Leha. Nak beli hadiah untuk dia? Tapi kenapa?

Atau jangan jangan.

"Makcik. Berapa tarikh hari ini?" Soal aryana lagi balas bibik leha, dia pelik melihat tingkah laku anak majikannya itu, takkan tarikh pun tak ingat?

Sekali lagi, aryana memepuk dahinya. Betul lah hari ni birthday dia.

"Ok lah makcik, saya nak naik atas" aryana melamgkah kearah lif yang berhampiran, malas nak naik tangga jadi dia pakailah lif.

Sampai saja dia di dalam bilik, Aryana terus membuka telefon miliknya, dia mbuka aplikasi whatsapp.

Alisa
Happy birthday Yana.

Aryana:
Ya Allah macam mana aku boleh lupa birthday aku sendiri ni.

Alisa:
Itu maknanya kau dah tua sampai hari penting sendiri pun lupa.

Aryana:
Aku tak lupa ok cuma bagi aku hari tu tak penting jadi aku tak peduli sangat.

Alisa:
Ye lah cik pilot, baik aku siap siap nak pergi rumah kau. Tak sabar nak simbah muka kau pakai tepung HAHAHA.

Aryana:
Cubalah kalau kau dapat.

Setelah menghantar pesanan itu, Aryana terus baring di atas katil, dia perlukan rehat yang cukup selepas hampir seharian membawa pesawat.

----------------------------------------------------------

Tengku Ashraf yang ralit memandang dokumen itu tersentak apabila pintu biliknya dirempuh dengan kasar.

Dia mengeluh perlahan saat melihat wajah seorang perempuan yang berpakaian seperti tidak cukup kain.

"nak tambah dosa ke apa minah ni?"bisik Tengku Ashraf dalam hati, nak cakap depan depan nanti takut terasa.

"Hi Ash, lunch jom" perempuan yang dikenali sebagai lyiana itu selamba saja melangkah menghampiri Tengku Ashraf yang masih statik di tempatnya.

"waalaikummussalam, tak malu ke terjah bilik dengan pakaian yang tak cukup kain kau tu" Tengku Ashraf selamba saja menyindir wanita itu.

Terus berubah riak wajah Lyiana saat mendengar kata kata pedas tengku Ashraf, dia berpakaian seperti ini pun untuk menarik perhatian Tengku Ashraf semata mata.

"Jom lah kita lunch sama sama" Lyiana tidak putus asa untuk memujuk.

"Aku ada banyak kerja sekarang ni, kau pergilah lunch sendiri" sekali lagi Tengku Ashraf menolak.

"Alah apa salahnya you teman i, lagipun bukan selalu" pujuk Lyiana lagi dan lagi.

Tengku Ashraf memgeluh dalam hati, tak pahab bahasa ke Lyiana ni?

"Aku lebih rela lunch sendiri daripada lunch dengan kau, tak pasal pasal nanti nama aku tercemar sebab keluar lunch dengan kau" balas Tengku Ashraf lalu tersenyum sinis saat melihat perubahan pada wajah Lyiana. Dia dah cakap dia tak nak kenapa masih nak pujuk lagi rasakan lah sendiri.

"Keluar sebelum aku yang tendang kau keluar" tengku Ashraf menghalau Lyiana senelum bangan dari duduknya.

"Sombong betul you ni kan" Lyiana cuba memdongak memandang Tengku Ashraf yang berdiri tidak jauh darinya.

"Baik sombong daripada sibuk nak tets market sana sini, tak malu ke?" Tengku Ashraf menyindir lyiana lagi sebelum dia memekan interkom.

"Zack, datang bilik aku sekarang. Aku nak suruh kau buang sampah yang dah buruk ni" arah Tengku Ashraf kepada pembantu peribadinya.

Tidak lama kemudian muncul zack dengan nafas yang tercungap cungap, mana tidaknya kalau dia berlari.

"Kau halau perempuan ni keluar,aku malas tengok muka dia" arah Tengku Ashraf sebelum melangkah kearah bilik solat yang ada di dalam bilik kerjanya.

"Baik Tengku" Balas zack lalu melihat wanita yang majikannya suruh halau.

Usai membaca doa, Tengku Ashraf terus melipat sejadah miliknya lalu disimpan dalam almari, memang setiap hari dia akan solat di ofismya. Berbeza pula dengan maghrib dan Isyak dia akan pergi ke masjid berhampiran untuk solat berjemaah.

Tengku Ashraf berpaling melihat jam yang tergantung di dinding, lagi 30 minit mesyuarat akan bermula.

Dia mencapai telefon miliknya lalu menghubungi zack, tidak lama kemudian talian pun bersambung.

"Tolong sediakan dokumen apa yang patut untuk meeting nanti, aku nak 20 minit lagi semua dokumen tu ada dekat atas meja aku" arah Temgku Ashraf kepada orang kepercayaannya, sudah lama Zack berkhidmat untuknya.

"Baik Tengku. Saya akan uruskan semuanya" laju saja zack menjawab sebelum Tengku Ashraf mematikan panggilan.

Setelah selesai menghubungi Zack, dia memeriksa mesej yang dihantar oleh anak buahnya.

Percaya tidak kalau dia ada dua kerja tetapi hanya orang tertentu yang mengetahui kerjanya yang satu itu. Kerjanya bukanlah membunuh melainkan dia sebagai ketua sebuah kumpulan mafia yang boleh dikatakan terkenal di seluruh pelosok dunia.

Selepas seketika, Tengku Ashraf menyarung kembali kot kerjanya kembali, hampir saja dia terlelap kalau bukan sebab Zack yang mengetuk pintu biliknya.

To be continue

Dah baca jangan lupa vote ok

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now