Chapter 13

330 20 1
                                    

Pejam celik pejam celik kini sudah dua bulan Aryana serta Tengku Ashraf berkahwin. Hari ini Tengku Ashraf ingin memberi kejutan untuk isterinya.

Dia terpaksa menghubungi Rayyan untuk hikmat pertolongan abang iparnya itu. Ceh abang ipar konon padahal menber sendiri.

Namun selepas Rayyan datang di pejabatnya lain pula jadi.  Ada ke patut dia main game.

"Mati mati mati" jerit Rayyan,  dia sedang bermain game di pejabat Tengku Ashraf.

"Boleh diam tak bahlul. Kau ingat office aku ni zoo ke" rasa nak ketuk saja kepala Rayyan.  Dia suruh datang sini bersebab tapi boleh pula bala tu main game.

"Aduh dah mati, ini semua salah kau tau tak, kalau rank aku turun siap kau" marah Rayyan.  Dia geram sebab dia kalah main ML.

"Padan muka kau,  aku suruh kau datang sini sebab nak bincang sesuatu. Bukan nak main game Megat Amsyar Rayyan" sesudah itu.  Kepala Rayyan diketuk oleh Tengku Ashraf menggunakan bantal.

"Kau nak bincang pasal apa?" Rayyan nenyoal sambil menggosok kepalanya, acah acah sakit je tu padahal tak sakit pun.

"Aku nak bagi Surprise untuk Aryana jadi aku perlukan kau bekerjasama"
Tengku Ashraf menjelaskan apabila melihat wajah Rayyan yang kebingungan.

"Kau yang nak bagi Surprise apahal aku pula kena tolong" Rayyan tidak mahu membantu Tengku Ashraf. Apa dia dapat kalau tolong, betul tak?

"Tak salah pun kan kalau kau tolong aku" pandangan tajam dihadiahkan buat Rayyan.

"Ye lah,  aku tolong kau. Sekarang apa plan kau?" Pada akhirnya Rayyan bersetuju untuk membantu membernya itu. kesian punya pasal.

"Macam ni.... "

-------------------------------------------------------------

"Guys,  lepak mamak jom?" ajak Nazmi,  mereka kini sedang berehat di tempat yang khusus untuk mereka.

"Aku on je. Asalkan korang belanja" Aryana bersetuju. Begitu juga dengan mereka semua.

"Sepatutnya kau kena belanja kitorang, ye lah kau kan kahwin dengan Tengku" Syah menyakat Aryana. Walaupun sebenarnya Aryana dah selalu belanja mereka.

"Yang Tengku tu laki aku, bukan aku sengal" selamba saja Aryana mengata kawannya sendiri sengal. Namapun kawan memang gurau kasar telah menjadi hobi mereka.

"Sama je tu.  Kau tetap orang kaya sebab kau anak dato'" Lisa pula bersuara.

"Ye lah,  aku belanja korang walaupun dah selalu" mereka semua tertawa mendengar kata kata Aryana.

Mereka berlima terus pergi ke restoran yang ada di sekitar kawasan itu.

P/s: jangan risau semua lelaki tu dah ada pasangan. Kecuali Alisa yang masih single.

Selepas memesan makanan. Mereka semua hanya berbual kosong, Aryana mengurut kepalanya yang tiba tiba pening.

"Kau ok tak ni?" Lisa menyoal apabila melihat wajah kawannya pucat, dia pelik dengan sikap Aryana sejak kebelakangan ini ye lah kawannya itu mana pernah makan banyak tetapi sekarang Aryana kerap tambah nasi kalau makan.

"Aku ok je lah,  jangan risau" tipu Aryana,  sedangkan dia betul betul tidak ok.

Tiba tiba telefon Aryana berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Aku nak angkat call kejap ye. Korang tunggu sini" Aryana bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah tempat lain tetapi kepalanya terasa makin pening menyebabkan dia jatuh pengsan.  Nasib baik Lisa sempat menyambut tubuhnya kalau tak mesti dah cium lantai.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now