Chapter 15

322 16 0
                                    

Selepas mendarat di lapangan terbang Kuching Tengku Ashraf terus menempah hotel untuk mereka berdua, dia ingin membawa Aryana bercuti. Kiranya ini honeymoon mereka berdua.

"Sayang bangun, dah maghrib dah ni tak elok tidur" pipi Aryana ditepuk perlahan bagi membangunkan isterinya yang nyenyak tidur.

"Eh dah maghrib ke?" Aryana menyoal lalu membuka mata perlahan lahan. apabila matanya sudah terbuka sepenuhnya dapat dia lihat wajah kacak Tengku Ashraf sedang tersenyum ke arahnya.

Susah betul ada suami hensem ni ye,  bangun bangun terus buat orang blushing.

"Ye sayang, jom kita solat dulu. Malam ni abang ada Surprise untuk sayang " senyuman di bibir Aryana terus melebar apabila mendengar jawapan Tengku Ashraf, dia suka kalau bab bab kejutan ni.

Dia terus bangun dari katil. Teruja punya pasal sampai tak sedar kepala hampir terhantuk di kepala katil.

"Kut ye pun exited janganlah kalut sangat sayang. Nanti kalau terhantuk mengadu dekat abang juga" Tengku Ashraf membebel seperti bapak bapak, well memang dia nak jadi bapa pun kan jadi tak salah pun nak ambil aura bapak bapak tu.

"Hehe, sorry abang" Aryana tersengih gaya seperti orang tidak bersalah. Jangan salahkan dia yang sepatutnya disalahkan tu Tengku Ashraf sebab buat dia mengandung.

"Yelah sayang,  dah pergi ambil wuduk " lelaki itu menggelengkan kepalanya perlahan, nasib dia lah nak layan kerenah isterinya itu.

Nasib baik isteri kesayangan kalau tak dah lama dia halau.

"Abang oh abang" lembut saja suara Aryana memanggil suaminya.

"Ye sayang, ni nak goda abang ke apa ni?" Tengku Ashraf menyoal bersama lirikan nakal.

"Ish abang ni, bukanlah" Aryana memuncungkan mulutnya, Tengku Ashraf selalu je berfikir yang bukan bukan.

"Jangan merajuk sayang. Abang gurau je" hampir saja dia ingin memeluk Aryana tetapi dia ingat mereka sudah mengambil wuduk.

"Dah jom kita solat" mereka berdua pun menunaikan solat bersama sama

-------------------------------------------------------------

Setelah selesai menunaikan solat. Aryana hanya duduk menonton filem sementara Tengku Ashraf pula sedang bermain game.

"Abang nak makan apa malam ni.  Yana boleh tolong orderkan?" Aryana menyoal suaminya yang sedang fokus bermain game. Maklumlah Tengku Ashraf memang kaki game.

"Abang nak makan sayang. Boleh tak" terbit senyuman nakal di bibir Tengku Ashraf. Tumpuannya kini hanya pada Aryana memandangkan dia sudah kalah bermain game.

"Tapi Yana tak ada dalam menu,  abang makan benda lain lah ye" Aryana tahu yang suaminya itu hanya bergurau.

"Ye abang tahu sebab menu tu hanya ada untuk abang je. Betul tak sayang?" Tengku Ashraf melangkah menuju ke arah isterinya yang sedang duduk diatas sofa.

"Kan Yana dah cakap, menu tu tak ada walaupun untuk abang" Aryana dah mula rasa seram sejuk apabila suaminya menghampiri dia.

"Tapi abang tak kira,  abang nak makan sayang juga" tubuh Aryana dicempung lalu dibawa ke katil.

Wajah Aryana automatik berubah menjadi pucat saat Tengku Ashraf menindih tubuhnya.

-------------------------------------------------------------

Pagi itu Aryana bangun awal lalu bersiap. Tengku Ashraf sudah berjanji untuk membawanya mengelilingi bandar Kuching.

"Abang cepatlah bangun, kata nak jalan jalan" sudah beberapa kali Aryana mengejutkan Tengku Ashraf.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now