Chapter 3

514 34 1
                                    

Aryana yang sedang mengunyah makanan terkejut saat mendengar kerusi di sebelahnya di duduki seseorang.

"Assalamualaikum hi awek" selamba sahaja Tengku Ashraf menegur Aryana.

Aryana yang mendengar seseorang menegurnya langsung berpaling ingin mencari punca suara itu.

"Ye waalaikummussalam" balas Aryana sebelum dia kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki yang duduk di hadapannya itu.

Tengku Ashraf bengang apabila Aryana tidak mempedulikannya seolah olah dia tidak ada di situ. Maknanya betul lah kata Rayyan tadi yang Aryana tidak melayan lelaki lain kecuali keluarganya.

"Oh ye,  you adik Rayyan kan?" soal Tengku Ashraf setelah agak lama mendiamkan diri.

"Ye. Awak siapa?" soal Aryana pula,  dia tidak kenal lelaki asing yang ada di hadapannya ini tetapi yang dia tahu lelaki itu kawan abangnya.

"Oh,  nama i Ashraf. Kawan abang you" Tengku Ashraf memperkenalkan dirinya lalu tersenyum manis. Sangatlah manis sehingga mampu mencairkan hati wanita yang melihatnya.

Aryana yang melihat lelaki itu senyum kearahnya terus menundukkan kepala. Dia tidak selesa apabila ada lelaki yang senyum kepadanya apalagi tersenyum manis.

Tengku Ashraf makin melebarkan senyuman apabila dia perasan akan tingkah laku Aryana yang pemalu,  senanglah kerja dia nak memikat gadis itu nanti.

"Bila lah mamat ni nak pergi, aku nak makan pun tak senang macam ni" ujar aryana dalam hati,  dia pelik kenapa tengku Ashraf tiba tiba nak berkenalan dengan dia, buang tabiat ke apa.

"Kalau tak ada apa apa awak boleh pergi dari sini.  Saya risau kalau orang salah faham dan fikir bukan bukan" kata Aryana. Bukan niat dia nak menghalau tapi dia takut kalau ada orang berfikir bukan bukan apabila melihat mereka berdua duaan. Sudahlah tempat mereka ini agak tersorok.

Lagi lagi kalau mama dia yang melihat. mesti dia kena ceramah nanti.

"Kalau ada orang fikir bukan bukan tu masalah diorang. Lagipun i tetarik nak kenal dengan you" balas Tengku Ashraf, dia tersenyum saat mendengar kata kata Aryana. Nampak sangat yang gadis itu tidak selesa.

"Malangnya saya tak tertarik nak berkenalan dengan awak" Aryana sengaja ingin bergurau, dia nak je berkenalan dengan sesiapa. Maklumlah dia tidak memilih orang.

Tapi kalau untuk bercinta memang dia tidak minat.

"Oh ye, i tak kisah pun sayang" eh baru kenal dah berani panggil anak orang sayang.

"Sayang kepala otak awak, memang sah awak ni buaya" Aryana berkata sambil melihat Tengku Ashraf yang tenang sahaja duduk di kerusi.

"Kalau you nak tahu,  i ni tak lah buaya tapi kalau setakat nak pikat hati you. Itu paling senang bagi i" terbit satu senyuman nakal di bibir tengku Ashraf saat menuturkan ayat itu.

"Jangan nak merepek"

"Wow adik kita dating lah,  sorry kacau" Rayyan dah Rafiq menepuk tangan mereka saat melihat Tengku Ashraf serta Aryana yang duduk berdua duaan di satu meja.

"Aduh bala ni dah sampai. Aku tak dating dengan dia lah jadi korang jangan fikir bukan bukan ye" pesan Aryana apabila melihat riak nakal abangnya. Datang dah mod mengusik mereka tu.

"Adik,  kalau korang dating pun apa salahnya. Aku yakin mama pun tak marah" Rayyan sengaja ingin mengusik Aryana.

Makin memerah muka Aryana selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Rayyan. Sumpah sekarang kalau boleh dia nak sumbat mulut abangnya itu, suka sangat cakap benda yang bukan bukan.

Tengku Ashraf hanya tersenyum kemenangan. Sikit lagi rancangan dia nak berjaya. Kalau dia tidak dapat memiliki Aryana dengan cara baik mungkin dia akan gunakan cara sebaliknya.

Mereka kini menjadi perhatian orang orang yang ada di sekitar mereka.

"Lah sini rupanya kamu Yana,  patutlah mama cari dekat luar tadi kamu tak ada" muncul seorang wanita separuh usia menghampiri mereka.

"Biasalah tu mama,  adik sibuk dating tu lah dia menghilang" ujar Rafiq lalu menunjuk ke satu arah. Dia tersenyum senget saat melihat wajah tegang adiknya. Mungkin marah ataupun malu.

"Aku sumpah korang jadi babi hutan kalau korang tak berhenti usik aku" ugut Aryana apabila tiada tanda tanda yang mereka berdua mahu berhenti berkata yang dia dating dengan Tengku Ashraf. Silap silap nanti Tengku Ashraf sekali dia sumpah jadi babi hutan.

Datin Ayara hanya melihat kelakuan tidak semegah anak anaknya. Perangai mereka tak padan dengan umur.

Datin Ayara berpaling kearah yang ditunjukkan oleh anaknya tadi, alangkah terkejutnya dia saat melihat orang yang dikatakan dating bersama anaknya  ialah Tengku Ashraf.  Niatnya mencari Aryanaa tadi pun semata mata ingin memperkenalkan Aryana pada lelaki muda itu.

"Maknanya kamu dah kenal lah anak aunty?" Soal datin Ayara tanpa mempedulikan anak anaknya yang sedang bergaduh. Nasib baik orang sudah beransur pulang.

"Eh kejap,  mama kenal ke mamat ni?" Aryana bertanya sebelum sempat Tengku Ashraf bersuara, Datin Ayara kenal ke lelaki tu?

Datin Ayara hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan pada soalan si anak.

"Yes aunty, I think I want her to be my future wife" ujar Tengku Ashraf dengan jujur. Mungkin dia akan meminta ibu bapanya untuk meminang Aryana secepat yang mungkin.

"Aunty ok je,  tapi kalau Yana tu aunty tak tahu" datin Ayara berkata lalu melihat kearah Aryana yang duduk di kerusi berhampiran mereka, nampak gayanya gadis itu membuat hal sendiri.

"Kiranya aunty bagi greenlight lah ni Kan? ' soal Tengku Ashraf. Kalau betul datin Ayara dah bagi restu esok pin boleh dia hantar rombongan.

"Ye,  lagipun ini semua kan permintaan arwah uncle dekat papa kamu sebelum dia meninggal" jawab datin Ayara. memang sejak dulu lagi mereka merancang untuk menyatukan tengku Ashraf dengan Aryana bila mereka sudah besar nanti.

"Oh terima kasih aunty, esok Ash bincang dengan family Ash bila sesuai hantar rombongan meminang" Tengku Ashraf tersenyum puas saat melihat rancangannya berjalan seperti yang dia rancang.

"Amboi, gatal betul you ni kan. Ikut perangai daddy you lah ni" ujar Tengku Zarina yang merupakan ibu tengku Ashraf.

"Tak lah mummy,  Ash cuma nak plan je dulu" Tengku Ashraf cuba untuk berdalih padahal memang betul dia ingin segera memiliki Aryana.

"Nampaknya rancangan aku mula berhasil. Just wait and see Puteri Aryana Raysha, kau akan jadi milik aku tak lama lagi" ujar Tengku Ashraf di dalam hatinya.

To be continue

Dah baca jangan lupa vote and comment. Tq

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now