chapter 2

519 37 0
                                    

Aryana tersedar dari tidurnya apabila mendengar bunyi seperti orang menjerit di luar pintu biliknya.


"Kepada adikku yang berhormat sila bangun atau aku tendang pintu ni!" jerit Rayyan.

"Woi bangun bangun dik, ada gajah terbang dekat bawah!" Rafiq turut menjerit seperti kembarnya.

Aryana yang mendengar jeritan mereka berdua mendengus geram, tak ada kerja lain ke asyik nak kacau dia je.

Dia pun turun dari katil untuk membuka pintu, selepas pintu dibuka dia dapat melihat dua orang manusia tersenyum tidak bersalah ke arahnya.

"Boleh tak kalau sehari je korang tak kacau aku?" soal Aryana, sungguh dia bengang kenapalah dia dapat abang macam mereka berdua.

"Kacau kau memang dah jadi rutin harian kami dik. Kecuali kalau kau dah kahwin nanti baru kami tak kacau kau" Jawapan Rafiq membuat Aryana bertambah geram.

"Buang masa betul lah layan korang ni, baik aku sambung tidur" ujar Aryava lalu berpaling ke arah katilnya semula.

"Kau tak payah nak tidur, pergi bersiap sekarang" Arah Rayyan apabila melihat Aryana ingin tidur lagi.

"Bersiap nak pergi mana pula?" Soal Aryana bersama kerutan di dahi. Ada apa apa ke malam ni?

"Ya Allah, memang sah kau ni dah tua, takkan kau tak ingat nanti ada majlis dekat hotel kita. Mama nak kenalkan kau sebagai anak perempuan dia" sungguh Rafiq bengang dengan Aryana, boleh pula dia tanya ada apa.

"Aduh aku lupa lah. Dah aku nak bersiap so korang berdua boleh keluar ye" Aryana menghalau dua manusia itu kemudian menutup semula pintu biliknya. Lama lama boleh gila dia melayan perangai mereka berdua.

---------------------------------------------------------

"Eh lambat betul budak ni" Rayyan mendengus geram saat menunggu adiknya bersiap. Dia akan berangkat bersama adiknya ke hotel milik keluarga mereka sementara kembarnya pula sudah berangkat lebih awal.

"Woi dik, lambat aku tinggal!" Jerit Rayyan dari ruang tamu.

Selepas seketika dia mendengar lamgkah kaki seseorang menuruni tangga. Rayyan berpaling melihat punca bunyi itu. Kelihatan Aryana yang cantik memakai T-shirt panjang dan juga kain serta dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih

"Jom, aku dah siap ni" kata Aryana apabila melihat abangnya hanya diam.

"Ok jom jom, oh ye jangan sampai kau terpijak kain sendiri lah ye" dalam menyampaikan pesanan sempat lagi Rayyan memerli adiknya. Ye lah kain yang Aryana pakai sangatlah labuh hingga boleh menyapu lantai.

"Aku tahu lah, bukannya aku tak biasa pakai kain macam ni. Kau je yang drama king sangat bang" ujar Aryana lalu menjeling abangnya, apa nak risau sangat.

"Ye lah dik. Ikut kau lah" Balas Rayyan lalu melangkah meninggalkan Aryana.

"Ok aku nak duduk belakang lah" kata Aryana selepas memakai kasut.

"Suka hati kau, nak duduk atas bumbung pun boleh" Rayyan menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Aryana seperti kanak kanak riang, nasib baik tu adik dia kalau bukan dah lama dia hantar pergi Zoo.

Selepas memastikan Aryana masuk ke dalam kereta. Rayyan terus memecut keretanya meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Dalam perjalanan, sempat lagi Rayyan bernyanyi. Aryana segera menutup telinga bila mendengar abangnya menyanyi.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now