Chapter 11

354 20 2
                                    

"Sayang bangun, kita dah sampai" pipi Aryana ditepuk perlahan.

Perlahan lahan mata Aryana terbuka, apabila matanya terbuka sepenuhnya dia dapat melihat Tengku Ashraf sedang tersenyum manis. Hensem betul lah suami dia ni.

"Dah sampai ke?" soal Aryana dengan teruja, dari semalam lagi dia nak jumpa mama.

"Ye sayang, kita dah sampai. Jom kita keluar" Tengku Ashraf menggenggam tangan Aryana lalu tubuh isterinya ditarik perlahan keluar dari kereta.

Aryana terus berlari menuju je depan pintu. Dia kemudian membunyikan loceng sebelum memberi salam.

"Waalaikumsalam, mari masuk" mama tersenyum manis apabila melihat wajah anak serta menantunya.

Aryana terus memeluk mamanya untuk melepaskan rindu. Datin Ayara membalas pelukan si anak, Aryana memang macam tu pantang berpisah sikit bila berjumpa terus nak peluk.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Tengku Ashraf.

"Mama sihat?" Tengku Ashraf menyoal selepas masuk ke dalam rumah selepas memarkirkan kereta.

"Alhamdulillah sihat, kamu berdua tidur sini kan?" mama pula menyoal.

"Haah, kami tidur sini malam ni" laju saja Aryana menjawab tanpa bertanya terlebih dahulu pada tengku Ashraf.

"Ye mama, saya memang nak ajak Aryana tidur sini tadi. Dia cakap dia rindu mama" Aryana tersenyum selepas mendengar kata kata suaminya, baguslah kalau Tengku Ashraf setuju tak perlu dia paksa.

"Baguslah tu. Kebetulan nanti keluarga maksu nak datang" mama memberitahu mereka berdua.

"Ye ke mama, kak Isya pun ada ke?" Aryana teruja saat mengetahui keluarga maksunya nak datang.

"Ye, dah sekarang kamu berdua naik atas. Rehat dulu ye" arah mama seraya bangun dari duduknya.

"Baik bos" jawab mereka berdua serentak, dah macam budak budak pun ada.

"Rindunya dengan bilik ni" ujar Aryana setelah pintu biliknya terbuka. Kelihatan bilik itu masih tersusun rapi serta katil telah ditukar menjadi lebih besar. Mesti mama yang tukar ni.

Mata Tengku Ashraf melihat sudut ruangan bilik isterinya, dia baru perasan Aryana suka mengumpul koleksi novel.

"Awak ok ke tidur sini, ye lah bilik ni tak luas sangat. Takut awak tak selesa" Aryana risau sekiranya suaminya tidak selesa, maklumlah bilik dia tu tak lah besar sangat.

"Abang tak kisah pun sayang, asalkan sayang ada dengan abang itu pun dah cukup" jawab Tengku Ashraf lalu menarik isterinya duduk di birai katil.

Selepas itu mereka berdua hanya diam sambil melihat antara satu sama lain.

"Cantik betul isteri abang ni" Tengku Ashraf memuji isterinya, dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Aryana di sisi.

"Ye ke cantik. Bukan lyiana lagi cantik?" sengaja Aryana bertanya soalan seperti itu walaupun dia tahu jawapan Tengku Ashraf.

"Sayang berpuluh kali ganda lebih cantik dari semua perempuan yang abang jumpa" tenang saja lelaki itu menjawab soalan isterinya.

"manis betul ayat awak ni" senyuman manis terukir di bibir Aryana apabila mendengar jawapan Tengku Ashraf. Jujur dia cair.

"Tengok orang lah" Tengku Ashraf mendabik dada, memuji diri sendiri.

"Ceh, sempat lagi puji diri sendiri" muka menyampah ditayangkan, suka sangat angkat bakul sendiri.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now