Chapter 7

422 27 3
                                    

Akhirnya selepas beberapa minggu hari yang dinantikan pun tiba, hari dimana Aryana dan Tengku Ashraf akan sah menjadi suami isteri.

"Wah cantiknya member aku ni. Makin bertambah ye seri sejak nak jadi isteri orang" Lisa terus memuji Aryana selepas masuk ke dalam bilik dimana tempat Aryana dihias.

Aryana berjalan ke arah cermin besar yang berada di tengah bilik, dia dapat melihat imejnya sendiri yang cantik memakai baju kurung berwarna putih serta gaya tudung yang ringkas tetapi tetap terlihat cantik.

"Ok jom turun, pengantin lelaki dah sampai" ujar datin Ayara selepas melihat Aryana sudah siap sepenuhnya.

Jantung Aryana berdegup kencang saat memasuki dewan. Dia menggenggam tangan datin Ayara.

Mereka pun sampai di pelamin yang terhias sangat indah, Aryana menarik nafas perlahan, dia nervous walaupun bukan dia yang lafazkan akad.

Tengku Ashraf mencuba sedaya upaya untuk tidak melihat ke belakang, sama seperti Aryana, Tengku Ashraf juga turut gementar. Bayangkan kalau salah sebut nama tak ke dia yang malu nanti.

"Boleh kita mulakan" suara tok kadi mula kedengaran.

Tengku Ashraf hanya menganggukkan kepalanya.

"Tengku Ashraf Haqeem bin Tengku Zayyan"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Aryana Raysha binti Megat Ahmad dengan mas Kahwinya sebanyak 9 ratus ribu ringgit dibayar tunai"

"Aku terima nikahnya Puteri Aryana Raysha binti Megat Ahmad dengan nas kahwinnya sebanyak 9 ratus ribu ringgit dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Dengan sekali lafaz sahaja Aryana telah menjadi milik Tengku Ashraf dalam erti kata lain mereka telah sah menjadi suami isteri.

Aryana tidak tahu apa yang harus dia rasa selepas statusnya telah bertukar menjadi isteri orang. Nak kata sedih tak juga, nak kata gembira tak juga.

Selepas doa diaminkan, Tengku Ashraf terus pergi ke pelamin untuk menemui isterinya.

Dia terkedu saat melihat penampilan serta kecantikan Aryana,  Ya Allah cantiknya bidadarinya ini.

"Assalamualaikum bidadari syurga abang" ujar Tengku Ashraf dengan nada lembut lalu menarik tangan Aryana untuk disarung cincin.

"waalaikummussalam" balas Aryana lalu menyarungkan cincin di jari suaminya. Dia kemudian mencium hormat tangan Tengku Ashraf.

"Now you are mine Puteri Aryana Raysha" bisik Tengku Ashraf bersama senyuman kemenangan yang terbit di bibirnya. Akhirnya tercapai juga apa yang dia inginkan.

Aryana mengeraskan badannya saat mendengar kata kata Tengku Ashraf. Kenapa lelaki itu semakin hari semakin seram?

"Makin seram pula mamat ni" ujar Aryana dalam hati.

Selepas seketika, Tengku Ashraf mengajak Aryana untuk makan. Dia tahu yang isterinya itu sudah lapar.

"Come sayang,  kita makan dulu.  Mesti sayang dah lapar kan" Tengku Ashrat menghulurkan tangan.

Aryana tanpa banyak bunyi terus sahaja menyambut huluran tangan suaminya lalu senyuman nipis dihadiahkan buat lelaki itu. Sejujurya dia masih tidak sangka statusnya telah berubah, dari tunang kini menjadi isteri orang.

Dalam perjalanan menuju ke meja makan, mereka terserempak dengan Rafiq dan Rayyan yang kebetulan menjadi mc pada hari ini.

"Yow bro, tahniahlah dapat lembutkan hati adik kitorang yang keras macam batu ni" ucap Rayyan.  Dia tidak sangka yang kawan baiknya sendiri kini menjadi adik iparnya.

"Tengok oranglah, kan aku dah pernah cakap dekat kau yang aku akan berjaya pikat hati dia" Tengku Ashraf tersenyum bangga. Dia berpaling melihat isterinya yang berada di sebelahnya.

"Ye lah tu, jangan lupa bagi kami anak buah ye" sempat lagi Rayyan mengusik pasangan itu, muka Aryana memerah apabila mendengar kata kata abangnya.

"Jangan risau bro, aku dah rancang nak buat satu tean bola tak pun dua team" balas Tengku Ashraf sambil tersenyum nakal kearah Aryana.

"Gila lah kau ni, kau ingat Yana tu kilang ke apa" Rafiq berkata dengan nada terkejut, ingat senang ke nak melahirkan anak.

Aryana langsung menundukkan kepalanya saat mendengar perbualan mereka, dia cuba melepaskan tangannya yang digenggam kemas oleh Tengku Ashraf namun tidak berjaya.

"Boleh tak korang berhenti cakap benda yang bukan bukan" Aryana mula bersuara, risau sekiranya mereka bertiga bercakap tentang topik yang tak sepatutnya.

"Habislah kau nanti dik" usik Rayyan,  dia ketawa selepas melihat nuka adiknya yang merah seperti tomato.

"Ya Allah aku ketuk juga kepala dua ekor beruk ni nanti" Aryana berkata dalam hati. Besar kecil besar kecil je dua orang itu.

-------------------------------------------------------------

Pada akhirnya selesai juga majlis mereka pada hari ini, Tengku Ashraf membawa Aryana pulang ke vilanya sendiri, dia mahukan privesi bersana isterinya.

Awalnya Aryana agak terkejut apabila sampai di villa itu.  Ye lah takkan vila besar macam tu mereka berdua sahaja yang tinggal. Seram kalau tinggal sorang sorang.

Aryana masih cuba sedaya upaya untuk tidak tertidur sedangkan dia sudah terlampau mengantuk. Maklumlah paling akhir dia tidur pun pukul 10 tapi sekarang sudah pukul 11.

Nampaknya dia terpaksa mengajak Tengku Ashraf tidur. Dia tidak tahu dimana bilik mereka berada.

"Sayang, mengantuk ke?" soal Tengku Ashraf selepas masuk ke dalam rumah selepas meletakkan keretanya di garaj.

Aryana hanya menganggukkan kepalanya, dia terlalu mengantuk jadi tak larat nak bercakap matanya juga sudah hampir tertutup.

Tanpa sebarang isyarat, Tengku Ashraf terus mencempung tubuh Aryana. Aryana yang sudah tertidur langsung tidak menyedari yang dia di angkat oleh seseorang.

Sampai sahaja di bilik mereka, Tengku Ashraf terus meletakkan tubuh isterinya yang masih memakai gaun pengantin perlahan lahan di atas katil. Dia membuka tudung yang tersarung di kepala Aryana.

Sekali lagi dia terkedu saat melihat keindahan rambut isterinya yang beralun, indah betul ciptaan Allah yang ada didepan matanya sekarang ini.

"Sayang, bangun bersihkan diri dulu.  lepas tu baru sambung tidur balik" Tengku Ashraf membangunkan isterinya namun Aryana masih diulit mimpi.

Penat sangat agaknya.

"Jangan kacau saya" ujar Aryana bersama mata yang masih tertutup, dia tidak suka sekiranya orang mengganggu tidurnya.

"Hey,  bangun sayang.  Ke nak abang yang mandikan sayang, hmm?" soal Tengku Ashraf bersama lirikan nakal.

Mata Aryana automatik terbuka luas saat mendengar kata kata suaminya sendiri.

"Tak payah nak mengada boleh tak. Saya humban awak dekat sungai Sarawak nanti" Aryana terus berlari ke bilik air tanpa membawa apa apa,  cuak punya pasal.

Tengku Ashrat ketawa melihat kelakuan isterinya, panik sangat ke tu?

To be continue

Part yang akad nikah tu kalau salah jangan marah ye,  saya pun tak tau nak buat macam mana

Macam biasa kalau dah baca jangan lupa vote, tq

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now