Chapter 22

278 14 1
                                    

Mereka pun tiba di balai polis untuk di ambil keterangan.

Aryana memberi keterangan yang jujur malah dia menceritakan kronologi kes penculikan itu.

Zack pula mengemukakan bukti yang ada dan Tengku Ashraf pula memberitahu polis tentang kegiatan haram jay.

Yang pasti dia mahu semuanya selesai malam ini juga.

"Baiklah terima kasih telah bagi ketenangan pada kami" inspektor muda itu bersalaman dengan Tengku Ashraf serta Zack.

"Sama sama tuan. Terima kasih juga sebab sudah tolong saya selamatkan isteri saya" Tengku Ashraf membalas sebelum tersenyum nipis.

Selepas bersalaman mereka berdua pun melangkah keluar dari balai polis.

"Zack,  procede to next plane" Tengku Ashraf mengeluarkan arahan sebelum dia membuka pintu untuk isterinya masuk.

Sekarang cuma Lyiana dan Tan Sri Hisham lagi yang perlu dia selesaikan dan selepas itu rancangannya pun sudah sempurna.

"Tengku nak dia masuk penjara terus. Ke nak syarikat keluarga dia lingkup?" soal Zack inginkan kepastian.

"Dua dua kalau boleh. Biar dia sedar langit tinggi rendah" Tengku Ashraf menjawab sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Aryana hanya mendengar perbualan suaminya serta zack. Dia tidak mengetahui apa plan mereka berdua.

"Abang plan ada dengan Zack?" Aryana menyoal semasa dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga mertuanya. Semestinya Zack menjadi pemandu mereka. Maklumlah zack masih single.

"Plan nak tangkap Lyiana dengan keluarga dia" ringkas saja jawapan Tengku Ashraf, dia ingin menyelesaikan satu lagi rancangannya.

Aryana hanya diam sambil melihat suaminya.  Dia tersenyum sendiri saat melihat ketampanan si suami.

Dia rasa sangat bertuah ye dapat suami yang full package. Sudahlah kaya, hensem, baik pula tu.

"Dah puas tenung abang?" terangkat sebelah kening lelaki itu,  dari tadi lagi dia perasan Aryana asyik melihatnya.

"Salah ke nak tenung suami sendiri?" soalan Tengku Ashraf dibalas soalan oleh isterinya.

"Tak salah pun. Cuma abang pelik dengan sayang, dulu sebelum kita kahwin bukan main sayang cakap takkan cintakan abang" Tengku Ashraf cuba mengingati kenangan mereka sewaktu bertunang.

"Ish abang ni, kisah dulu tak payahlah nak ungkit" Aryana mendengus geram. Dah kenapa nak ungkit kisah lama.

"Abang tak ungkitlah sayang.  Abang cuma mengingat kembali kenangan lama, tu je. Nanti boleh cerita dekat anak anak kita betapa susahnya abang nak pikat hati mama mereka ni" ujar Tengku Ashraf sebelum sebelah tangannya menggenggam tangan Aryana.

"Tengok tu, dah tak payahlah ingat lagi" Aryana berpaling ke arah lain. Nak merajuk!

Tengku Ashraf hanya menyembunyikan senyumannya. Merajuk lah tu?

"Jangan merajuk sayang. Abang gurau je" Tengku Ashraf memujuk isterinya. Takkan nak biarkan je, tak pasal pasal dia tidur luar malam ni.

"Nak merajuk dengan abang sampai 1 abad" Aryana menyilang tangan pada dada.

Zack tersenyum apabila melihat Tengku Ashraf sudah bertukar jadi kucing. Tadi bukan main tengking orang tetapi kalau dah dengan cik puan automatik jadi manja.

"Ok ok, sayang minta je apa apa, nanti abang tunaikan" Tengku Ashraf masih lagi tidak berhenti memujuk isterinya.

"Yana nak, abang tidur luar malam ni. Deal?" Aryana sengaja bergurau untuk melihat reaksi Tengku Ashraf.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now