Chapter 24

264 17 0
                                    

"Lyiana binti Hisham" seorang inspektor wanita muncul di tepi kereta Lyiana.

"Ye saya, ada apa ye cik?" soal lyiana dengan nada terkejut, ada apa polis cari dia?

Apa jangan jangan...

Ada orang melapor kejahatan dia.

"Cik telah dituduh bersubahat merancang kes penculikan seseorang. Sila ikut kami ke balai" tegas saja nada suara inspektor itu.

Tangan lyiana terus digari oleh polis.

Lyiana cuba memberontak tetapi tenaganya tidaklah setanding dengan anggota polis itu.

Seperti bapanya dia turut dibawa ke balai polis.

------------------------------------------------------++++

"Kita buat apa dekat sini abang?" soal Aryana selepas kereta yang dipandu Tengku Ashraf berhenti di sebuah mansion yang besar. Yang pasti bukan rumah mereka.

"Abang nak jumpa Rayyan sekejap" jawab Tengku Ashraf sebelum melangkah keluar dari kereta, pintu bahagian sebelah pemandu dibuka untuk memudahkan Aryana keluar.

Tangan Aryana digenggam sebelum mereka mereka melangkah bersama sama.

Loceng yang ada di depan pintu itu ditekan.

Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh Rayyan.

"Eh bro, awal sampai. Mari masuk" Rayyan mempelawa pasangan itu masuk.

"Aku tak pernah tahu pun kau ada mansion, bila beli?" Aryana menyoal abangnya.

"Sebenarnya ni mansion arwah papa, nak elak jadi terbiar. Aku tinggal sini" Jelas Rayyan sebelum dia menghidupkan semua lampu yang ada.

(Ok nampak macam membazir)

"Jadi, kenapa kau nak jumpa aku ni?" Rayyan menyoal selepas mereka diam seketika.

"Aku nak kau jadi saksi untuk perbicaraan esok" serius saja lelaki itu berkata.

"Baiklah, kau jangan risau. Aku yakin orang tua keparat tu takkan menang kecuali dia rasuah mahkamah" Rayyan pula mengeluarkan kata kata, dia yakin orang seperti dato' Hiaham akan buat apa saja asalkan terlepas dari hukuman.

"Kejap, aku tak faham. Apa cerita ni sebenarnya?" suara Aryana memotong percakapan mereka. Dari tadi lagi dia tak faham apa yang dua orang itu bincang.

"Aku rasa baik kau bagitahu semuanya Ash, risau Yana salah anggap nanti" bisik Rayyan perlahan. Risau kalau adiknya fikir yang bukan bukan.

"Ok apa yang sayang dengar malam ni abang nak sayang jangan cerita dekat sesiapa termasuk Lisa. Janji sayang?" Tengku Ashraf memandang isterinya. Menanti jawapan dari wanita itu.

"Baik abang, Yana janji" Aryana menjawab lalu tersenyum manis.

"Sebenarnya Tan Sri Hisham pun bersubahat culik sayang masa tu" Tengku Ashraf membongkar satu per satu kejahatan orang tua itu.

"A...apa, tapi kenapa abang?" Aryana menyoal lagi, setahu dia Tan Sri Hisham tu orang baik sebab dia selalu dengar cerita dari mulut orang yang lelaki itu selalu menderma di rumah anak yatim.

"Sebab, dia tak puas hati dengan arwah papa. Sebab itulah dia nak culik sayang" jelas Tengku Ashraf sebelum memandang Rayyan.

"Tapi, kenapa tak dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang dia nak rancang?" kali ini pandangan Aryana jatuh pada Rayyan. Mana tahu abangnya itu tahu apa apa.

"Entahlah, polis tengah siasat sekarang ni" giliran Rayyan pula bersuara, dia turut tertanya tanya mengapa baru sekarang Tan Sri Hisham melakukan perkara itu?

"Susah betul manusia macam tu, dah tua bukannya nak taubat tapi buat jahat pula. Sedangkan kubur dah memanggil tapi masih tak taubat" selamba saja Aryana mengeluarkan kata kata. Mereka yang lain terdiam saat mendengar baik bicara wanita itu.

Tengku Ashraf ketawa mendengar kata kata isterinya. Boleh tahan pedas ye kata kata tu.

"Biasalah tu dik. Orang dah kena hasut setan mana nak taubat" Rayyan turut mengeluarkan kata kata mutiara.

"Tak apalah, nanti dalam penjara insaflah tu" Tengku Ashraf akhirnya bersuara, dia yakin Tan Sri Hisham akan insaf bila di dalam penjara.

"Bro. Aku rasa baik kau panggil lawyer kau, mana tahu keluarga belah sana tak puas hati" Rayyan mencadangkan dengan mudah.

"Itu kau jangan risau. Aku dah buat apa yang patut" senyuman penuh makna terbit di bibir lelaki itu. Sememangnya sebelum ini dia telah merancang strategi untuk memastikan dato' Hisham akan terima hukuman yang setimpal.

Dia mempunyai dendam tersendiri terhadap lelaki tua itu. Kerana Tan Sri Hisham lah syarikat bapanya mengalami kerugian dan Tan Sri Hisham telah pecah amanah.

"Aku harap semuanya dapat selesaikan dalam masa terdekat lah" Rayyan menepuk bahu sahabatnya a.k.a adik iparnya.

Selepas itu masing masing hanya diam membisu. Tak tahu nak borak pasal apa jadi diam saja lah.

Aryana mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding, ternyata sudah lewat malam.

Dia berpaling melihat Tengku Ashraf yang sedang berbual bersama abangnya. Entah apa lah mereka bincang.

Tengku Ashraf yang perasan dirinya di perhati terus menoleh ke arah Aryana lalu dia tersenyum manis.

Muka Aryana terus berubah merah seperti tomato, kantoi pula usya suami sendiri.

Rayyan pula hanya melihat tingkah laku dua orang manusia itu, tak habis habis nak bersweet depan dia.

"Aku rasa macam nak kahwin lah" tiba tiba saja Rayyan bersuara memecah kesunyian.

"Dah ada calon ke? Kalau belum ada aku boleh kenalkan kau dekat cleaner tempat kerja aku, tak pun yang jual nasi lemak dekat tepi jalan tu" muncul sudah mod mengusik Aryana. Lagi pun bukan selalu dia usik si Rayyan tu.

"Ada lah, kau budak budak apa tau" Rayyan memandang tajam adiknya yang sudah tersenyum senget. Tahu sangat Aryana nak kenakan dia lagi. Ada juga aku lempang budak ni kang, eh bukan budak tapi bakal mak budak.

"Aku dah besar ok. Dah kahwin lagi tu" Aryana mendabik dada. Rasa bangga dengan diri sendiri.

Ceh..

"Eleh, kalau bukan sebab aku kenalkan kau dengan dia. Mesti kau masih single sekarang ni" Rayyan tidak mahu mengalah.

Tengku Ashraf memerhati sahaja perangai dua orang itu. Malas nak masuk campur. Tapi dia kesian dekat Rayyan. Mesti lelaki itu kalah nanti.

"Kami kenal pun bukan sebab kau lah. Jadi tolong jangan perasan" dua dia tidak mahu mengalah. Terus saja mereka bergaduh mulut.

"Kau tu masa nak kahwin bukan main lagi cakap takkan jatuh cinta dengan si Ashraf . Tapi sekarang dah ada anak" Rayyan mengungkit kisah lama.

"Eh hello, tu kisah lama ok" Aryana ingin meluku kepala Rayyan namun sempat di elak.

"Sudahlah, baik aku tidur daripada layan kau ni' Rayyan akhirnyar mengalah, tak ada guna juga bergaduh dengan Aryana. Mesti dia kalah.

"Oh ye bro, korang berdua tidur sini kan?" pandangan Rayyan beralih pada tengku Ashraf.

"Tak" ringkas saja jawapan lelaki itu. Nak privesi dengan isteri lah katakan .

"Dah malam ni bro, kau yakin nak drive? Tak silau ke?" Rayyan menyoal lagi. Maklumlah Tengku Ashraf tu rabun risau pula member silau.

"Jangan risaulah. Lagipun zack yang drive, bukan aku" bahu Rayyan ditepuk perlahan sebelum dia bangun bersama isterinya.

To be continue

Sekian lama saya tak update jadi
Terimalah cerita yang membosankan ni ye

Don't forget to vote and comment. Thank you

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now