Chapter 18

274 14 2
                                    

"Kita buat apa dekat sini abang?" Aryana menyoal selepas mereka sampai di sebuah kedai pakaian yang terkenal di Kuala Lumpur.

Habis saja mesyuarat tadi,  Tengku Ashraf terus membawanya berjalan jalan di sekitar bandar.

"Abang nak beli dress untuk sayang" ringkas saja jawapan Tengku Ashraf.

"Tak payahlah abang, Yana tak suka pakai dress" Aryana menolak dengan sopan, dia lebih suka memakai baju T-shirt berbanding dress.

"Sayang pakai depan abang je pun, tak baik tau ingkar arahan suami.  Nak jadi isteri derhaka ke?" Tengku Ashraf mula menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.

"Taknak, okey lah abang Yana beli" Aryana akhirnya mengalah. Takpelah janji suaminya bahagia.

Mereka berdua pun melangkah masuk ke dalam butik itu.

Baru saja Aryana ingin menuju ke bahagia baju T-shirt namun Tengku Ashraf lebih pantas menarik tangannya.

Langkahnya dibawa ke bahagia dress khas untuk ibu mengandung. Terlihat banyak pilihan dress yang sesuai untuk Aryana tetapi masalahnya dress tu singkat paras paha saja.

Dah lah harga Yahudi nak mampus, senang cerita kalau nak beli baju dekat sini mesti sediakan duit yang banyak lah.

Dia terkejut saat melihat suaminya mencapai pelbagai dress yang bermacam macam warna.

"Biar betul suami aku ni,  dia ambil macam tu je.  Tak tengok harga pun"  Aryana berkata sendiri di dalam hatinya. Dia lupa yang suaminya itu orang kaya.

Selepas itu dia disuruh untuk mencuba kesemua dress yang dipilih dan kesemuanya sesuai dengan Aryana.

"Jom kita bayar" Tengku Ashraf mengajak isterinya ke kaunter pembayaran.

"Semuanya RM. 980 encik" casher itu berkata sebelum menyerahkan beg kertas itu kepada Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf terus mengeluarkan black card miliknya untuk membayar.

Selepas selesai membuat pembayaran, mereka berdua terus melangkah keluar meninggalkan kawasan itu menuju ke kereta.

Mereka kemudian berjala di sekitar mall untuk mencari restoran.

Tiba tiba Aryana menarik tangan Tengku Ashraf masuk ke kedai buku,  ternaik sedikit kening Tengku Ashraf apabila ditarik secara mengejut.

"Nak beli novel baru, boleh abang?" Aryana mengerdipkan matanya berkali kali agar Tengku Ashraf menunaikan permintaannya.

"Sure,  anything for you my wife" Tengku Ashraf menjawab dengan mudah sebelum menghulurkan black card miliknya kepada Aryana.

Aryana memandang suaminya dengan riak tidak percaya, macam tu je dia bagi kad.

"Why sayang,  tak jadi beli ke?" Tengku Ashraf menyoal apabila melihat Aryana yang masih belum mengambil kad miliknya.

"Abang biar betul nak bagi kad ni dekat Yana?" soal Aryana inginkan kepastian.

"Ye, that's card for you. Take it" senyuman nipis dihadiahkan buat sang isteri.

"Sayang pilih je buku apa yang sayang nak. Nak beli kedai ni pun tak apa" Tengku Ashraf ketawa perlahan.

Tanpa membuang masa Aryana terus pergi ke rak buku yang berada di hujung. Tengku Ashraf pula setia menunggu isterinya memilih novel.

Tiba tiba Aryana terlanggar seorang perempuan.

"Sorry cik,  saya tak sengaja" Aryana meminta maaf kepada perempuan itu kerana dia yang salah.

"Hey,  you buta ke apa hah?! " wanita itu menengking Aryana.

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now